Hari ini dalam Hijrah

Sunday, June 24, 2007

Aktiviti Semasa

25hb Jun 2007
Mohamad Kamil Ab Majid menghadiri mesyuarat JAKIM mengenai Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) di bandar Kuching, Sarawak mewakili pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya .

27hb Jun 2007
Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid ke Kemunting Perak bagi memberikan Tafaquf fi al-Din bersama tahanan ISA di Taiping. Anjuran Bahagian Dakwah JAKIM .

28hb Jun 2007
Prof Madya Mohamad Kamil akan memeberikan ceramah Islam Hadhari kepada pemimpin masyarakat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bertempat di Majlis Bandaran Alor Setar, Kedah. Read more...

PUISI SEDETIK SESAAT

Sedetik sesaat kita dilahirkan ibu,
Menangis suara menemui dunia baru,
Membesar merangkak berjalan dan berlari,
Mencari hakikat ke taman ilmu mengenal diri.


Sedetik sesaat kita berfikir,
Kita berzikir,
Baru kita temui,
Insan hanyalah setitik air dari lautan luas makhluk penghuni buana.

Kita mesti berlari menerpa,
Mengejar masa,
Yang sudah senja,
Ke bintang kejora.

Sedetik sesaat,
Kita mengingat,
Berusaha mencari syurga di hati,
Dan mencari syurga hakiki.

Jadikan kerjaya jalan ke syurga,
Sebagai hamba berabdi diri kepada Maha Esa,
Ya Rabbi ya Ilahi ya Maulaya,
Engkaulah akhirnya penentu segala.

Jangan jadikan kerjaya anda jalan ke neraka,
Dengan epistemologi sesat lagi menyesat,
Sinarkan matlamat dengan cahaya keramat,
Akal, jiwa, hati yang berkat.

Jangan jadikan diri anda rama-rama,
Yang mati dalam neon malam,
Jadilah diri paksi yang berdiri tegak,
Insan yang lebih sempurna... Read more...

Sunday, June 17, 2007

Ceramah Fiqh Awlawiyat

Memberikan ceramah pelaksanaan dan amalan mengikut Fiqh Awlawiyat di City Villa Hotel anjuran YADIM pada 15 Jun 2007. Read more...

Friday, June 15, 2007

Penyelidikan OKU

9 hb Jun 07 bertolak ke Alor Star utk mkaji plaksanaan dakwah kpd OKU di Kedah.Turut sama Puan Norodzah dan Ju. Kemudian ke Perlis dan Langkawi bagi tujuan yg sama.Pada 13hb Jun 07 pula ke Pulau Pinang mneruskn kajian .Keesokanya, sampai ke Kuala Lumpur pada 14 hb Jun 2007. Read more...

Pelaksanaan Amal Mengikut Fiqh Awlawiyyat

KERJA DAN PELAKSANAANNYA
MENGIKUT FIQH AWLAWIYYAT[i]

Oleh
Prof Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid
Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
Universiti Malaya

Pendahuluan

Fiqh Awlawiyyat bermaksud meletakkan sesuatu pada martabatnya secara adil. Perkara itu baik merupakan hukum, nilai dan kerja amalan. Maka sesuatu amalan itu sebagai contoh, hendaklah diutamakan apabila ia patut diutamakan, lalu tidak patut diutamakan apabila ia kurang penting berbanding dengan yang lebih penting. Jadi jangan diutamakan yang kurang penting daripada yang lebih penting.[2]

Dengan kata lain, jangan memperbesarkan perkara remeh temeh dan jangan memperkecil perkara yang sebenarnya besar. Sesuatu kerja yang asas dan dasar harus didahulukan berbanding dengan kerja yang berbentuk cabang. Oleh sebab itu umat Islam memerlukan pemahaman yang baik berkait dengan fiqh awlawiyyat atau dikenali juga dengan istilah fiqh maratib al-a`mal sama ada dalam perkara kebendaan mahu pun maknawi, pemikiran atau sosial, ekonomi atau politik, perpaduan atau kerjasama.

Al-Qaradhawi pernah membuat teguran kepada negara Arab dan Dunia Islam yang amat tidak faham dengan keutamaan ini sehinggakan terlalu mengutamakan kegiatan sukan dan hiburan berbanding dengan kegiatan ilmiah dan akademik. Eksesais jasmani lebih berkali ganda diberi perhatian berbanding eksesais mental, sehingga menjadi perbincangan harian umat Islam tentang sukan dan olah raga serta hiburan serta para penghibur, sedangkan tentang buku dan ilmu jarang diambil peduli.[3]

Akibat daripada itu nama-nama yang menjadi tumpuan masyarakat bukan para ilmuan atau budayawan, tidak juga para karyawan, pekerja kerajaan atau swasta yang yang cukup banyak menyumbang kudrat dan sumbangan bermakna tetapi yang lebih diperbesarkan adalah seniman dan seniwati, pemain bola sepak dan bola keranjang. Itulah yang tidak ada keadilan dari segi penonjolan.

Justeru itu, semua media termasuk tv, radio, akhbar dan majalah lebih bersibuk dengan nikah cerai selebriti berbanding dengan pencapaian seseorang sasterawan mahu pun seorang profesor yang memberikan teori baru. Tidak dihiraukan sangat pencapaian demi pencapaian akademik lulusan IPT dalam segala segi dan bidang tetapi lebih menonjolkan berapa harga mas kahwin artis, belnaja kahwin di hotel mana dan siapa tetamunya hatta haji dan umrah mereka pun menjadi berita sensasi yang sebenarnya tidak ada apa-apa erti.

Ahli Agama Yang Hilang Kefahaman Fiqh Awlawiyyat

Di kalangan ilmuan agama juga terdapat salah faham tentang fiqh awlawiyyat ini. Akibatnya, banyak perkara yang kurang penting diutamakan. Sedangkan keperluan semasa yang amat perlu tidak dihiraukan.

Apa perlunya bersibuk membina masjid yang banyak pada tempat yang sudah ada banyak masjid? Apa lagi jika masjid itu hanya sekadar dimakmurkan sekali seminggu sahaja. Mereka lebih suka membina bangunan batu daripada membina insannya.

Berapa ramai pula yang berkali-kali melakukan ibadahhaji dan umrah sanggup mengurangkan pemergian mereka ke sana supaya orang lain lebih selesa membuat ibadat haji atau untuk menggunakan perbelanjaan sedikit harta mereka kepada mangsa perang di Iraq atau Palestin, malah mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia?

Banyak kewajipan segera diabaikan sedangkan pada masa yang sama mereka asyik melakukan kerja yang boleh ditangguhkan. Patutkah ditangguhkan pembelaan terhadap anak-anak yatim, ibu tunggal atau merawat mereka yang sakit atau memberikan pekerjaan kepada penganggur. Kenapa beban tugas hanya diserahkan kepada kerajaan sahaja hatta untuk mencuci longkang di depan rumahnya.

Ratio Ahli Agama dan Pekerja Profesional

Imam al-Ghazali pernah menegur para terpelajar pada zamannya yang beramai-ramai mendalami bidang fiqh, sedangkan ketika itu para doktor terdiri daripada tabib Yahudi atau Nasrani. Mereka yang bukan Islam itu lah yang bersusah merawat pesakit muslim, ketika orang Islam menumpu kepada bidang fiqh hukum. Di tangan orang Yahudi dan Nasrani itulah terletaknya nyawa kaum muslimin dan aurat muslimin dan muslimah terdedah kepada mereka kerana tidak cukup muslim di negara umat Islam sendiri.

Apakah maknanya, jika ketika orang bukan Islam menyambut tahun baru mereka, tiba-tiba orang Islam di Kuala Lumpur tidak dapat memasak nasi sebab gas dapur sudah habis dan tidak ada pihak yang menghantarnya. Apa maksudnya, apabila kereta rosak di tengah jalan tidak terdapat mekanik sebab hari itu Tahun Baru Cina. Kenapa sukar mencari kedai gunting muslim dan terpaksa kepala yang begitu mulia di gunting rambutnya oleh seorang India. Ini semua justeru hilangnya fiqh awlawiyyat.

Isu menjadi lebih besar jika pergi ke peringkat global. Apakah wajar ketika kita dihimpit musuh-musuh Islam di Amerika dan Eropah, para pendakwah masih bertelagah bolehkah atau tidak makan atas meja, atau mana lebih afdal makan atas meja memakai sudu dan garfu atau makan dengan tangan sambil duduk atas lantai. Mana lebih baik memakai jam di tangan kanan atau di tangan kiri, atau memakai pakaian warna putih itu wajib atau sunat?

Lebih menghairankan, bagaimana mereka yang dikatakan berdakwah atau bergerak dalam perjuangan Islam yang tidak menghormati orang tua mereka atau mengherdik mereka yang lebih tua, apalagi mengata dan mencemuh dengan bahasa yang agak kasar??? Pendek kata seribu satu perkara pelik setiap hari berlaku di sekeliling kita ibarat berjalan kaki ke atas dan kepala ke bawah kerana kurang faham dengan fiqh awlawiyyat ini.

Fiqh Awwaliyyat Masa Kini

Tuntutan semasa yang kurang diberikan perhatian dalam fiqh awlawiyyat atau “ kefahaman tentang keutamaan” ini berlaku dengan banyaknya apabila umat Islam seperti mencuaikan fardu kifayah iaitu kemajuan yang setanding dengan orang lain dalam pembinaan industeri dan persenjataan.

Berapa ramai jumlah para profesional kita yang terlatih dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan seumpamanya ketika kita berebut-rebut mendirikan sekolah tahfiz. Baik orang hafal al-Quran itu, tetapi adakah baik tidak faham al-Qur`an sehingga kita melupakan maksud dan kefahaman surah al-Hadid tentang besi, atau maksud kisah Saba` Raja Balqis dengan Istana Raja Sulaiman, apakah iktibar yang patut kaum muslimin lakukan dengan ayat-ayat santifik dalam al-Qur`an? Adakah mereka berpada dengan hanya mahu dapat pahala bacaan sahaja (alif lam mim: 30 pahala). Tidakkah juga para jurutera Perodua, pekerja kilang Proton mendapat pahala. Adakah tidak berpahala jika anda membuka ladang dan memberi pekerjaan kepada penganggur yang melalui pendapatannya pula dapat menyara anak isteri mereka, pahalanya kecil berbanding dengan hafalan al-Qur`an itu.

Kenapa memandang remeh tanggungjawab amar ma`ruf dan nahi munkar, di mana fungsi itu merupakan ciri hidup orang beriman. Apakah maksud amar ma`ruf nahi munkar itu hanya berkhutbah, atau menjadi penguatkuasa undang-undang itu tidak ada pahala. Manalah banyak pahala seorang pengkhutbah dengan mereka yang menggunakan kuasa untuk menangkap pelaku maksiat, penjual yang menyorok barang atau seumpamanya.

Fenomena lain yang berkait dengan kelemahan pemahaman fiqh awlawiyyat juga, mereka yang memerangi perkara makruh, lebih daripada memahami perkara haram. Bersibuk dengan menghalang perbuatan berdosa kecil dengan mengabaikan perbuatan berdosa besar. Di negeri Terengganu, menurut laporan pihak polis (Tangkapan Juvana/ Pelajar Terlibat Dalam Jenayah Indeks Mengikut Kontinjen–Jan 2005-Dis 2005 dan Jan 2006-Dis 2006) amat menakutkan kerana mendapat Terengganu merupakan tempat ketiga di seluruh negara selepas Kedah dan Selangor pada tahun 2005. Kedah 721 kes, Selangor 681 dan Terengganu 573. Angka itu daripada jumlah keseluruhan di Malaysia yang berjumlah 5,996.[4] Bagi tahun 2006, Kedah melonjak kepada726 kes, diikuti Kuala Lumpur 716, Selangor melantun kepada angka 981, Terengganu masih 570, hanya berkurangan tiga kes.

Persoalannya, di mana para ibu bapa, para guru, peranan masjid dan berbagai institusi kerajaan dalam menghadapi masalah ini. Dalam kajian tersebut mereka yang terlibat adalah antara usia16-18 tahun (59.8%), usia 13-15 tahun (36.9%). Mereka diwakili oleh anak lelaki Melayu (79.03%). Berbanding anak lelaki China 7.27% dan anak lelaki India 6.85% bagi tahun 2006. Hasil kajian menunjukkan sudah ada yang terlibat dengan bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun berkawan, pemerasan, ugutan jenayah malah curi dan pecah rumah.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan juga mempunyai pandangan mereka sendiri tentang gengterisme/buli, hedonisme, Mat Rempit, pergaulan bebas, ketagihan dadah, perjudian, lari dari rumah, pelacuran dan sebagainya.

Inilah cabaran yang perlu difahami ketiha kita menggerakkan Islam Hadhari Terengganu Bestari agar masing-masing pihak peka dan tidak hanya menyalahkan antara satu sama lain sebagai salah satu agenda bertindak dalam menuju negara maju 2020.

Kaitan Fiqh Awlawiyyat Dengan Fiqh Muwazanat

Fiqh Awlawiyyat tidak harus dilihat berdiri secara sendiri. Ia berkait juga dengan fiqh muwazanat. Kefahaman tentang perimbangan, iaitu membandingkan keutamaan antara perkara yang sama-sama mendatangkan maslahah. Membandingkan keutamaan antara yang sama-sama membawa kerosakan (mafsadah). Lebih-lebih lagi membandingkan antara yang maslahah dengan yang merosakkan.

Perbandingan sesama maslahah ada tiga peringkat:

Dharuriyyat- Amat mustahak, tanpanya tidak dapat hidup
Hajiyyat- Boleh hidup tanpanya tetapi hidup menjadi sukar
Kamaliyyat- Sekadar menambah seri kehidupan.

Dharuriyyat terdapat pada pemeliharaan agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Sebahagian orang menambah satu lagi iaitu soal maruah diri.

Kepada semua hendaklah mengutamakan:

Maslahah meyakinkan berbanding yang kurang meyakinkan.
Mengutamakan maslah besar berbanding maslahah kecil.
Mengutamakan maslahah kolektif berbanding maslahah individual.
Mengutamakan maslahah majoriti berbanding maslahah minoriti.
Didahulukan maslahah berterusan berbanding dengan maslahah tak berterusan.
Didahulukan isi lebih daripada bentuk.

Sama juga halnya dengan perbandingan antara mafsadah.

Ia juga melibatkan mafsadah yang melibatkan terganggunya pemeliharaan agama, jiwa, nasab keturunan, akal dan harta malah maruah diri. Atau juga berkait dengan hajiyyat dan tahsiniyyat.

Bagi memahami perbandingan maslahah dan mafsadah maka diberikan kaedah berikut:

Menolak mafsadah diutamakan daripada menarik maslahah. Contohnya, diumpamakan makan gula itu sedap tetapi menambahkan penyakit kencing manis maka ditolak makan gula, jika mudarat kepada penyakit kencing manis. Samalah halnya, jika pelancongan membawa wang dari luar, tetapi kerosakan moral daripadanya nyata. Haruslah difikirkan agar ada jenis pelancongan yang tidak membawa bersamanya mudarat. Tetapi kalau mudarat hanya kecil, maslahahnya lebih besar, lalu mafsadah yang kecil itu boleh dimaafkan. Atau juga mafsadah itu hanya sementara tetapi maslahahnya berkekalan maka sudah tentu utamakan maslahah itu.[5] Tidak perlu mengambil kira mafsadah yang belum tentu timbul berbanding dengan maslahah yang pasti ada.

Apa yang dimaksudkan dengan maslahah di sini yang diambil kira adalah sama ada berbentuk maslahah duniawi atau ukhrawi atau kedua-duanya sekali. Demikian juga mafsadah. Ini dapat difahami melalui syariah atau akal rasional atau kedua-dua sekali.

Bagi seorang doktor perubatan, mereka berfikir samalah kita berfikir tentang maslahah dan mafsadah. Di antara dua penyakit yang menimpa seseorang, tentulah dirawat terlebih dahulu penyakit yang lebih bahaya. Dibiarkan dulu penyakit yang kurang bahaya. Utamakan antara dua perkara yang membawa kesihatan kepada si pesakit. Hanya doktor akan ragu-ragu menghadapi dua kemungkinan bahaya dan manfaat yang sama. Di situ timbul istilah ijtihad. Apabila para pakar memutuskan, jika betul mereka dapat dua pahala dan jika salah, masih mendapat satu pahala.

Secara mudah, dalam pentadbiran awam juga kita perlu mendapat pandangan pakar.

Fiqh Awlawiyyat dan Fiqh Maqasid

Bersama dengan awlawiyyat harus juga difahami akan maqasid, yakni tujuan sesuatu itu dilakukan, apa matlamatnya? Contoh, kenapa kita bersembahyang, jawab al-Qur`an “Menghalang daripada fahsya` dan munkar” [6] Kenapa wajib berzakat?, jawab al-Qur`an: “Menyuci dan membersihkan mereka dengan harta itu”[7] dan seterusnya tentang puasa dan haji.

Utama Kualiti Daripada Kuantiti

Kejayaan bukan hanya diukur pada bilangan yang banyak atau sedikit, malah usia manusia pun lebih dilihat kepada sumbangan masing-masing dalam hidup ini. Lalu orang Islam silap faham tentang hadis nabi yang menyeru anak ramai. Lalu mereka berusaha mendapat anak yang ramai. Tetapi mereka lupa yang dibangga oleh nabi bukan anak yang menjadi penjenayah dan penyangak. Nabi sukakan anak-anak soleh, bukannya yang jahil dan fasik.

Isu kualiti banyak dibincang dalam al-Quran. Kemenangan tentera Talut mengalahkan tentera Jalut ( al-Baqarah: 249-251), kemenangan tentera Nabi S.A.W. dalam peperangan Badar (Ali Imran: 123) dan lain-lain lagi. Namun satu kesimpulan boleh diambil apabila unsur iman dan kemahuan ada segala perkara akan menjadi. Bacalah hadis, nabi berasa bimbang dengan ramai umatnya pada akhir zaman tetapi bilangan yang diumpamakan seperti buih.

Kakitangan kerajaan tidak akan dinilai menurut besar-kecil fizikal atau warna baju mereka, tetapi kualiti kerja yang ditunjukkan. Kualiti kerja cemerlang itu diistilahkan oleh Islam sebagai “ihsan”. Ihsan si penyembelih apabila pisaunya tajam, sampai ayam tidak sempat berasa sakit. Cemerlang seorang guru apabila ramai pelajar cemerlang akademik dan hebat sahsiah diri mereka yang dididik.

Pada zaman ini kita bukan lagi bersaing antara yang gagal dengan yang lulus. Persaingan sampai ke tahap siapa dapat 16A dan 18A. Bersaing bukan untuk masuk ke universiti, tetapi bidang apa yang diterima masuk; perubatan, agama, kejuruteraan atau apa?

Orang tidak perlu berbangga dengan usia yang panjang tetapi tidak dapat memberi sumbangan yang jelas. Menjadi kebanggaan adalah usia Imam Nawawi 40 tahun, Umar Ibn Abdul Aziz 36 tahun, al-Ghazali 55 tahun namun meninggalkan bekas dan pengaruhnya kepada sejarah insan sejagat. Apalah ertinya usia 80 dan 90 tahun yang nantinya anak cucu pun tidak bersedia untuk memeliharanya, akhirnya dihantar oleh anak ke pusat jagaan orang tua. Kita memohon keberkatan dari umur yang panjang.

Kesimpulan

Rasulullah s.a.w. hanya dalam masa 23 tahun dapat menyebarkan Islam ke ceruk dunia sehingga kekal kesannya sehingga15 abad. Abu Bakar menjadi khalifah hanya 2 ½ tahun sahaja tetapi masih dikenang hingga hari ini. Kita juga jika dapat memahami fiqh awlawiyyat dapat berfungsi dengan baik, jika tidak terkenal ke seluruh Terengganu, sekurang-kurangnya persaraan kita nanti dirasakan kehilangan kerana keberkesanan kita di situ.

Sayang juga mereka yang mati awal sebelum nyawanya hilang. Mati dalam maksud tidak berbuat apa-apa hanya sekadar menunggu saat kematian sebenar. Mereka menghabiskan masa di kedai kopi berjam-jam lamanya selepas sembahyang subuh, justeru hilang makna fiqh awlawiyyat. Tetapi Haji Abdul Rahman Limbong masih hidup di tengah-tengah kita, Tok Pulau Manis, masih dalam ingatan kita dan Sultan Zainal Abidin namanya masih diingati kerana jasa dan amal mulia yang mereka lakukan. Itulah namanya mereka yang tahu apa itu fiqh Awlawiyyat.

[i] Dibentangkan di Seminar Sehari Fiqh Aulawiyyat, anjuran YADIM Zon Timur pada 26 Mac 2007.

[2] Dr. Yusuf al-Qaradhawi,Fi Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasah jadidah fi Daw` al-Qur`an wa al-Sunnah, Maktabah Wahbah, cetakan 2, 1996, h. 9.

[3] Ibid.,h.14-15.

[4] Perangkaan pihak PDRM.

[5] Al-Qaradhawi,op.cit.,h.30

[6] Al-Qur`an, al-Ankabut:45

[7] Al-Qur`an, al-Taubah: 103
Read more...

Thursday, June 14, 2007

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA : ANALISIS TERHADAP GAGASAN ISLAM HADHARI

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA : ANALISIS TERHADAP GAGASAN ISLAM HADHARI

Oleh,

Prof. Madya Mohd Kamil Abd Majid.

Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan,

APIUM, 50603 Kuala Lumpur

&

Prof Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim

Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya.

PENGENALAN

GAGASAN ISLAM HADHARI DI MALAYSIA

Sepanjang sejarah Malaysia daripada era klasik (1400) hingga kepada era selepas merdeka (1960-2000), Islam telah menjadi force utama yang membawa perubahan kepada masyarakat Melayu. Merujuk kepada politik hukum1 dan pengubalan dasar awam di Malaysia2, fungsi Islam ini tidak terhad kepada pengamalan ritual semata-mata tetapi turut menjadi inspirasi and mekanisme utama yang diterapkan ke dalam sesuatu dasar awam. Hal ini antara lainnya boleh dikesan dari pengenalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran negara yang kemudiannya diikuti dengan pelbagai program Islamization, yang membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan di dalam pelbagai dimensi;

  1. penerapan nilai-nilai Islam di dalam jentera pentadbiran kerajaan;3
  2. pembaikian terhadap sistem perundangan Negara yang lebih bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam;4
  3. Penambahbaikan pelbagai agensi yang berkaitan dengan Islam,5
  4. pengubalan dasar pendidikan negara yang lebih bersesuaian dengan semangat Islam6;
  5. penerapan nilai-nilai Islam di dalam organisasi politik masyarakat Melayu7;
  6. pengenalan dasar domestic and luar negara yang lebih bersimpati dengan masyarakat Islam8
  7. penubuhan pelbagai institusi keislaman bentuk baru, seperti Bank Islam, UIAM, Takaful, LUTH and banyak lagi.9

Kejayaan program Islamization yang bersifat holistic ini antara lainnya berpunca dari (i) keterbukaan dan komitmen pihak kerajaan (actor politik) yang menerima pandangan ataupun desakan daripada NGO Islam dan (ii) perancangan yang bersistematik yang disusun oleh pihak kerajaan, seperti penubuhan Badan Perunding Islam yang terdiri daripada pelbagai pakar Islam dari dalam and luar negeri.10

Selepas kemenangan majority pihak kerajaan dalam Pilihanraya 2004, sekali lagi slogan and dasar Islam yang mirip kepada dasar Islamization ini telah ditimbulkan, dengan nama Islam Hadhari – yang cuba memperkukuhkan dasar lama dengan pendekatan baru; menerapkan elemen proaktif bagi melahirkan tamadun Malaysia yang lebih berteraskan nilai-nilai Islam.

Konsep Islam hadari ini diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pengaruh gerakan kebangkitan semula Islam era 1970an-1990an yang berusaha menonjolkan keunggulan dan keindahan ajaran Islam. Ianya diperkenalkan berasaskan kepada beberapa sebab yang utama;

Pertama, sebagai usaha mematang dan memperkasakan kesedaran Islam dalam bentuk yang lebih progressif dan dinamik bagi menghadapi cabaran dunia globalisasi. Usaha ini boleh dianggap sebagai usaha Tajdid yang bertujuan memperbaiki kemunduran umat Islam. Seandainya sorotan sejarah dilakukan terhadap usaha Tajdid ini yang berkembang di dalam sejarah Malaysia, kita boleh membahagikannya kepada tiga tahap yang utama;

  1. Tahap awal abad 19 yang menyaksikan perkembangan tajdid dalam bentuk Pan-Islamism yang cuba memperincikan kelemahan intelektual umat Islam dan seterusnya menuntut kemerdekaan negara umat Islam daripada belenggu penjajahan.
  2. Tahap tahun 1970an-1990an yang menyaksikan timbulnya kesedaran peri pentingnya menghidupkan Islam sebagai al-Din (way of life), penolakan terhadap warisan tinggalan penjajah British dan Islam perlu disesuaikan dengan reality tempatan Malaysia semasa. Dalam tahap ini, kerajaan Malaysia telah bersikap receptive terhadap tuntutan dan gagasan gerakan kebangkitan Islam, yang boleh dilihat daripada pelbagai program Islamization yang dijalankan secara meluas di dalam masyarakat.11
  3. Tahap post era kebangkitan Islam dan era globalisasi yang menyaksikan umat Islam Islam menjadi semakin tertekan dan memerlukan formula penyelesaian Islam apabila berhadapan dengan desakan yang ditimbulkan oleh gelombang globalisasi tajaan dunia barat. Dalam menghadapi hegomoni globalisasi ini pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan gagasan Islam hadari, demi untuk meneruskan agenda Tajdid yang telah berjalan di dalam masyarakat Malaysia.

Kedua, sebagai respon terhadap kekeliruan dalaman yang ditimbulkan oleh umat Islam sendiri. Terdapat beberapa golongan umat Islam (Sekularis dan Tradisionalis) yang berpegang dengan pandangan world-view yang salah dan membantutkan proses kemajuan Islam. Sebaliknya, konsep Islam hadari ini lebih mementingkan lima paradigma utama; konsep tauhid, pengamalan budaya ilmu, Rationalistik, World-affirmative dan Societal.

Ketiga, memperbetulkan salah faham terhadap Islam yang ditohmah oleh musuh luar Islam.

Dewasa ini, kelihatannya pandangan negatif yang dibawa oleh sarjana Barat telah lebih mendominasi dan diterimapakai oleh pihak berkuasa Barat, di dalam merangka dasar luar mereka terhadap dunia umat Islam.12 Rata-ratanya kalangan orientalis Barat ini memberikan kupasan yang agak stereotype terhadap Islam dan gerakan Islam moden di seluruh dunia;

  1. menonjolkan gerakan Islam moden sebagai golongan penganas yang hauskan darah masyarakat bukan Islam. Hal ini berlaku disebabkan antara lainnya kerana faktor agama Islam itu sendiri yang mengalakkan penganutnya bertindak ganas terhadap golongan bukan Islam.13
  2. Menonjolkan gerakan Islam sebagai penentang terhadap segala elemen yang datang dari dunia Barat, seperti idea pemodenan, Hak asasi manusia, sistem demokrasi dan sebagainya.14
  3. Menonjolkan gerakan Islam sebagai ancaman utama kepada dominasi order baru dunia moden yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Pandangan ini bersesuaian dengan teori clash of civilization yng diutarakan oleh Samuel Hutington, yang menganggap faktor budaya dan agama, khususnya agama Islam yang menjadi musuh utama masyarakat Barat, yang harus diperangi secara habis-habisan.15

Dilihat dari sudut dan kerangka intelektual, pada dasarnya dalam konteks Malaysia semasa, terdapat beberapa orang sarjana tempatan yang sering menimbulkan kritikan dan jalan penyelesaian untuk mewujudkan sebuah masyarakat Melayu-Islam yang maju mengikut kerangka kemajuan Islam yang seimbang antara kepentingan dunia dan akhirat.16

Walaupun gagasan yang diutarakan oleh sarjana-sarjana ini tidak memakai nama gagasan Islam Hadhari, sedikit sebanyak ianya bersesuaian dengan gagasan Islam Hadhari itu sendiri, khususnya jika dirujuk kepada perspektif pendekatan budaya ilmu yang dipilih untuk menerapkan usaha reformasi ini. Hal ini dapat diperincikan dengan;

Pertama, ianya lebih mementingkan pendekatan action-oriented sebagai ganti kepada pendekatan retorik semata-mata di dalam sesuatu program yang dirancang; kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara berperancangan rapi (blueprint) dan bukannya secara retorik semata-mata.17 Bagi reformis semasa, demi untuk memastikan kejayaan usaha refomasi yang lebih berkesan, kita perlu menjauhi perjuangan dan pemikiran ala Khutabah, golongan yang hanya pandai bercakap dengan gagasan yang begitu ideal tetapi tidak tahu menterjemahkan cita-cita tersebut kepada suatu program bertindak yang bersifat praktikal untuk diamalkan. Apa yang lebih diperlukan adalah perjuangan ala fuqaha, yang mampu berfikir secara waras dengan mengambilkira faktor kegagalan dan kejayaan sesuatu program reformasi, dan mampu menterjemahkan cita-cita kepada program yang praktikal dengan suasana setempat.18 Kita boleh mengemukakan beberapa contoh untuk menerangkan pendekatan ini. Antaranya, pertama, pendekatan gerakan Islam di Malaysia yang menjalankan agenda gerakan mereka bukan setakat dibuat secara retorik semata-mata bahkan perlu disertakan dengan program blueprint yang lengkap yang dapat dijelmakan dalam bentuk plan bertindak. Hasilnya, kita mendapati banyak usaha dan institusi-institusi bercorak Islam telah ditubuhkan di Malaysia seperti Bank Islam, Takaful, UIA, KOHILAL, KBI, TASKA, TASKI dan sebagainya.19

Kedua, pendekatan ala selektif (tidak menentang dan menerima secara membuta tuli) terhadap semua elemen pemodenan barat, khususnya terhadap program pembangunan, yang dikesan mengandungi pelbagai kelemahan seperti;

  • sikap berlebihan yang menumpukan sektor ekonomi yang mempergunakan sumber alam secara maksima tanpa mempedulikan impak ekologi yang kemudiannya bakal mengancam kehidupan lain untuk jangka masa panjang,20
  • pendekatan yang mempergunakan produk hiburan berteraskan budaya hedonisme menggunakan ikon-ikon artis barat yang telah menimbulkan pelbagai krisis moral yang begitu meruncing sekali,21
  • pendekatan yang memandang tinggi kegunaan ilmu-ilmu sains, ekonomi, pengurusan, IT dan teknologi sehingga sanggup menghina kegunaan ilmu-ilmu agama, yang dianggap sebagai tidak berguna untuk konteks zaman moden22
  • pendekatan yang mendakwa pembangunan hanya boleh dicapai dengan meniru elemen fizikal dan sistem nilai barat secara mutlak. Hal ini termasuk tren yang secara terang-terangan menghina pegangan agama dan Rasulullah.23

Sebagai gantinya, pihak kerajaan Malaysia telah memilih untuk menjalankan program pembangunan yang lebih bersifat bersepadu berdasarkan kerangka Islam dan mengikut acuan Malaysia. Hal ini boleh dilihat daripada penerapan program pembangunan Insan di Malaysia. Pada peringkat awalnya, program PI ini telah dijalankan oleh badan perundingan swasta yang kemudiannya telah diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri di dalam program latihan pembangunan dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, program PI anjuran INTAN ini telah turut diperkukuhkan asasnya dengan bantuan daripada beberapa orang sarjana Melayu-Islam yang ternama, seperti Muhammad Kamal Hassan, Syed Muhammad Naqiubb al-Attas, Wan Mohd Nor Wan Daud dan sebagainya.24 Gagasan PI ini dalam bentuk asas, kaedah operasi dan penilaian telah diterbitkan di dalam beberapa buah buku asas yang dipakai untuk semua program latihan dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan kerajaan yang lain.

Dalam banyak hal, program PI ini mengandungi beberapa elemen yang utama;

  1. Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolihi kejayaan (Falah) dan mengelakkan kerosakan (khusran).25
  2. Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan jiwa (Tazkiyah al-Nafs) seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir, taubat, kepentingan sifat Mahmudah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah (tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.26 Apa yang jelasnya, pengamalan formula-formula ini dapat mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad dan roh manusia yang merupakan punca utama kepada pembentukan emosi manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.27
  3. Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang mana dalam banyak hal telah menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional sebagai kaedah utama untuk menguji dan mendidik manusia agar menjadikannya sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan spiritual.28

Ketiga, berusaha memetik faktur kejayaan yang menimbulkan tamadun Islam silam,29 yang kemudiannya bakal diaplikasikan sepenuhnya di dalam program pembangunan di Malaysia. Hasil penelitian yang dijalankan terhadap serangkaian tamadun umat Islam silam, samada di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu, mendapati bagaimana tamadun itu timbul berpunca daripada enam faktur yang utama;

  1. Pengamalan budaya ilmu.
  2. Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid.
  3. Program R&D yang cukup canggih.
  4. Kewujudan pengetahuan S&T yang baik.
  5. Pembangunan sector ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang pengagihan yang seimbang di antara rakyat.
  6. Proses pembandaran yang mampan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang social yang baik kepada rakyat.

Sebagai contohnya, Konsep Islam hadari ini amat menekankan soal kepentingan kepada umat Islam sedunia membangun dan memperlengkapkan diri dengan pengetahuan S&T (Sains dan teknologi) bagi kejayaan hidup zaman moden, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan usaha pembangunan (R&D) sektor teknologi ICT30, agar dengan cara ini umat Islam boleh menggunakan perisian hardware dan software ICT yang dihasilkan oleh sainstis Islam itu sendiri.31 Secara jelas pandangan ini yang boleh dikategorikan sebagai pencetus idea awal tentang peri pentingnya keilmuan teknikal moden, yang kemudiannya dilanjutkan oleh sarjana tempatan dengan konsep gabungan antara ilmu fardu Ain dan Kifayah (keilmuan S&T) sebagai syarat utama untuk mencapai kemajuan intelektual ummah.32 Gagasan ini yang di tonjolkan oleh sesetengah sarjana sebagai faham Mahathirisme pada masa sekarang sering didakwa sebagai mampu mengubah status Malaysia kepada negara maju seperti mana negara industri barat.33 Intipati utama Mahathirisme ini boleh dilihat kepada penekanan yang lebih terhadap peranan S&T, industri berat, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan dasar ICT dan menanggani Islam dengan pendekatan yang lebih bersifat moden.34

Begitu juga halnya dengan faktur-faktur yang menyebabkan keruntuhan sesuatu tamadun akan turut dikaji dan cuba dielakkan, agar ianya tidak akan membantutkan proses pembangunan tamadun Islam baru. Terdapat beberapa faktur keruntuhan sesuatu tamadun, seperti;35

  1. Program pembangunan yang tidak seimbang, bersifat menindas dan mementingkan sesuatu golongan tertentu sahaja.
  2. Perpecahan umat Islam yang diakibatkan oleh perbezaan mazhab dan fahaman fanatik yang berasaskan kepada parti politik.
  3. Elemen kemungkaran, kemewahan dan penindasan yang berkembang di dalam masyarakat tanpa disertakan dengan program pencegahan yang sepatutnya. (pelaksanaan konsep Amar Makruf dan Mungkar)
  4. Pengaruh Ghazw fikr (penjajahan mental) yang berteraskan faham sekularisme yang ditanamkan oleh kuasa penjajah barat dan kemudiannya diteruskan lagi dengan agenda globalisasi tajaan kuasa barat.
  5. Ancaman pengaruh luar yang terdiri dari kuasa Kafir barat yang memang berusaha memperluaskan dominasi kuasa mereka.

Ringkasnya, konsep Islam Hadari ini cuba mengambilkira kesemua faktur-faktur ini samada yang bersifat positif ataupun negatif, secara berhemah menggunakan kaedah kajian yang betul, demi untuk menjayakan program pembangunan Malaysia dengan lebih baik, bersepadu, berhemah dan berterusan. Mengikut perspektif konsep Islam hadari, proses untuk memastikan kejayaan dan pengawalan terhadap kesemua faktur-faktur ini memerlukan kerjasama dan penyertaan massa (masyarakat) yang cukup tinggi, yang boleh dilakukan dengan melibatkan diri di dalam proses pengubalan sesuatu dasar negara dan bertindak sebagai agen Hisbah bagi memastikan pelaksanaan konsep Amar makruf nahi Mungkar dapat dijalankan dengan berkesan.36 Tugas untuk membangun dan mengislamkan masyarakat perlu digadingkan antara pihak kerajaan dengan kalangan masyarakat secara keseluruhannya.37 Kesemua perkara ini telah cuba diaplikasikan di dalam perancangan pembangunan Malaysia semasa, yang juga dikenali dengan nama wawasan 2020.

Selain itu juga, sebagai tambahan kepada pendekatan ini, konsep Islam Hadari juga turut menekankan kepentingan menggunakan pendekatan pertengahan di dalam menanggani isu globalisasi. Dilihat secara mendalam ternyata pandangan ini bersesuaian dengan pandangan reformis Melayu semasa yang menegaskan bahawa pendekatan pertengahan ini perlu diambil kerana pada dasarnya idea asas globalisasi ini bersesuaian dengan sifat dan falsafah ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan beberapa elemen global seperti; (i) Islam adalah untuk semua manusia tanpa mengira perbezaan ras, (ii) Allah adalah penguasa seluruh alam, (iii) penekanan kepada konsep ummah- kesatuan akidah seluruh umat Islam sedunia, (iv) galakan Allah supaya manusia menjelajahi dunia, (v) galakan ke arah penguasaan ilmu dan kefahaman yang bersifat global38, (iv) penekanan kepada konsep hak asasi manusia yang lebih jitu dan adil39dan (iiv) penekanan kepada penjagaan alam sekitar yang bersifat mampan.40

Keempat, menekankan usaha membangunkan sumber manusia Islam moden yang bersifat Qurani dan sesuai dengan status umat terbaik, yang memiliki beberapa cirri yang utama; (1) memiliki tanggungjawab dan jujur, (2) menunda kesenangan jangka pendek untuk kesenangan jangka panjang, (3) memanafaatkan waktu dan etos kerja yang cemerlang, (4) yakin dengan keadilan dapat disebarkan kepada manusia, (5) mengamalkan budaya ilmu dan (6) menyanjung tinggi bakat dan kemampuan serta penghargaan diberikan berdasarkan prestasi.41

Kelima, demi untuk menghadapi persaingan dengan kuasa Barat, umat Islam tidak seharusnya menggunakan pendekatan kekerasan,42 sebaliknya perlu lebih proaktif mempelajari sebab utama ketinggian tamaddun Barat, iaitu ketinggian budaya ilmu mereka,43 yang perlu diterapkan ke dalam masyarakat melalui institusi pendidikan.44 Dalam soal ini, secara jelasnya mereka menganjurkan bentuk perjuangan yang bersifat evolusi dan bukannya secara revolusi.45

Keenam, memberikan penekanan kepada program pembangunan pendidikan negara yang lebih bersepadu dan berteraskan world-view Islam, bagi melahirkan insane yang berketerampilan dari segi akhlak dan kemahiran moden bagi mengisi program pembangunan negara. Apa yang jelasnya, terdorong dengan masalah krisis moral ini yang terhasil daripada kegagalan sistem pendidikan sebelumnya, suatu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji persoalan ini, dan sebagai hasil beberapa perubahan telah dijalankan, seperti;

  1. Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi : “ Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling substance sekali.
  2. Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar.
  3. Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah.

Ketujuh, pendekatan yang menjalankan dasar pembaikian berterusan yang berteraskan kaedah pengurusan strategic (Analisa SWOT dan SMART) di dalam pentadbiran negara.46 Merujuk khusus kepada agensi yang berkait dengan Islam seperti YADIM, JAKIM, Majlis Fatwa, Mahkamah Syariah, Jabatan dan Majlis Agama Islam setiap negeri, usaha penambahbaikian secara berterusan memang telah dan sedang dijalankan, demi untuk menjadikannya sebagai agensi Islam yang mampu menyelesaikan masalah umat Islam secara tuntas dan berkesan.47

Kelapan, menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara autokritik menggantikan kaedah berfikir secara bentuk pembenaran. Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri, suka berdolah dalih dan mengaitkan sesuatu kelemahan yang berlaku kepada orang lain, kerana pada anggapannya dirinya serba cukup dan sempurna.48 Contohnya boleh dilihat daripada tindakan Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa kekecewaan dengan sifat buruk masyarakat Melayu yang masih belum berubah sepenuhnya dalam segenap perkara walaupun pelbagai usaha yang proaktif dilakukan untuk memperbaiki masyarakat Melayu.

Dalam kes yang lain pula, DM kerap menimbulkan isu bahawa kelemahan umat Islam adalah disebabkan kerana mereka lebih suka bertengkar sesama sendiri dalam pelbagai isu yang remeh temeh tanpa memikirkan untuk menggunakan potensi sumber alam anugerah Allah yang banyak dimiliki oleh negara umat Islam untuk tujuan perpaduan dan pembangunan umat Islam sedunia.49

Kesembilan, menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara kritikal dan tidak membuta tuli di dalam menghadapi sesuatu isu penting yang timbul di dalam masyarakat. Pendekatan ini juga merujuk kepada enam bentuk pemikiran lagi;

  • melatih berfikir secara autokritik sebagai ganti berfikir dalam bentuk pembenaran. Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri, suka berdolah dalih dan mengaitkan sesuatu kelemahan yang berlaku kepada orang lain, kerana pada anggapannya dirinya serba cukup dan sempurna.
  • Berfikir secara menyeluruh mengantikan berfikir secara sebahagian. Pemikiran secara menyeluruh ini merujuk kepada pengetahuan terhadap sesuatu secara mendalam dengan mengetahui ciri-ciri, perincian dan hubungannya diantara perincian tersebut.
  • Berfikir secara reformatif mengantikan berfikir secara tradisional.
  • Berfikir secara ilmiah mengantikan berfikir secara prasangka dan mengikut hawa nafsu.
  • Berfikir secara kolektif mengantikan berfikir secara sendirian.
  • Berfikir yang sesuai dengan hukum alam (sunatullah) mengantikan berfikir secara supra rasional dan tahyul.

Kesepuluh, menekankan kewujudan golongan saintis Melayu yang berpegang kuat kepada world-view Islam. Dalam konteks pembangunan S & T semasa, terdapat beberapa kecenderungan yang boleh dibanggakan, merujuk khusus kepada peranan yang dimainkan oleh kelas intelektual Melayu baru ini, seperti;

  1. Kelas intelektual-saintis Melayu ini telah bergabung di dalam NGO khusus , ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) yang cuba menerap dan menyebarkan kesedaran tentang peri pentingnya masyarakat Melayu Islam mendokong usaha membangunkan S&T ala Islam.50
  2. Menghasilkan tulisan bentuk baru yang cuba menerangkan tentang konsep, kerangka dan bagaimana ICT moden yang menjadi nucleus utama kepada perkembangan globalisasi berfungsi serta mempengaruhi kalangan masyarakat Melayu. Motif utama tindakan ini antara lainnya bagi menyedarkan masyarakat Melayu tentang manafaat yang boleh diambil daripada perkembangan S&T ini.51
  3. Salah seorang daripada anggota ASASI iaitu Tengku Mohd Azzman Shariffadeen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, yang kemudiannya telah mencadangkan gagasan MSC kepada pihak kerajaan Malaysia. Apa yang lebih penting lagi, dilihat kepada kepakaran bidang kejuruteraan elektronik dan kecenderungan Islam yang tinggi, Tengku Mohd Azzman barang pastinya telah menyuntik nilai-nilai Islam sejati di dalam pembangunan projek MSC ini.52
  4. Sifat ikut serta kalangan sarjana Melayu Islam semasa di dalam gagasan mewujudkan hubungan yang erat di antara keilmuan Islam klasik dengan S&T moden. 53 Hal ini timbul berasaskan kepada gagasan tajdid Islam yang menuntut fuqaha Islam untuk mengetahui dan mengambil inisiatif untuk mempelajari keilmuan moden itu sendiri, khususnya pengetahuan ICT dan S&T.54Hal ini ditegaskan memandangkan terdapat sesetengah sarjana Islam moden yang mengatakan bahawa antara faktur utama yang menyebabkan kegagalan proses reformasi dan penerapan S&T di dalam institusi pengajian Islam adalah kerana sikap sarjana Islam sendiri yang terlalu mengaku kalah dengan cara berserah dan bergantung sepenuhnya kepada keilmuan S&T barat,55 tanpa menyedari bahawa S&T barat di peringkat epistemologinya telah diresapi dengan idea dan ruh sekularisme yang tertanam secara halus di dalam keilmuan tersebut.56 Sepatutnya, berhadapan dengan dilema ini, sarjana Islam sendiri perlu menerima S&T barat secara berhemah yang diikuti pula dengan proses pengubahsuaian S&T barat ini dengan realiti masyarakat Islam, sebagaimana apa yang cuba dilakukan oleh Osman Bakar, Syed Hussein Nasr, Ziauddin Sardar dan ramai lagi tokoh-tokoh saintis moden Islam.57

Prinsip-prinsip asas Islam hadhari

  1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi
  2. Kerajaan adil dan beramanah
  3. Rakyat berjiwa merdeka
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan
  5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
  6. Kehidupan berkualiti
  7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
  8. Keutuhan budaya dan moral
  9. Pemeliharaan alam semula jadi
  10. Kekuatan pertahanan

PEMBANGUNAN MODAL INSAN MENGIKUT PEMAHAMAN GAGASAN ISLAM HADHARI

Konsep dan program pembangunan Insan mengikut perspektif Islam.

Berbanding dengan sasaran golongan pelajar, konsep PI ini lebih dikhususkan kepada golongan pentadbir dan golongan yang terlibat dengan decision making di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Trend dan konsep PI ini timbul di Malaysia pada era tahun 1970-1980an, juga disebabkan oleh kesedaran sesetengah golongan pemikir Melayu terhadap kegagalan system pembangunan sumber manusia ala barat di dalam melahirkan golongan pekerja yang seimbang di antara kelulusan yang tinggi dengan pencapaian saksiah diri yang baik.58kesedaran ini timbul dengan begitu meluas sekali dimankinkan dengan dua faktor yang utama, pertamanya, keghairahan pihak pentadbir Melayu sendiri untuk merujuk kepada penyelesaian Islam terhadap masalah krisis nilai dan penyelewengan kolar biru yang berlaku di dalam perkhidmatan awam,59 keduanya, kebanjiran buku-buku reformasi Islam daripada luar negeri samada dalam bentuk teks yang asal ataupun terjemahan di Malaysia.60

Pada peringkat awalnya, program PI ini telah dijalankan oleh badan perundingan swasta yang kemudiannya telah diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri di dalam program latihan pembangunan dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, program PI anjuran INTAN ini telah turut diperkukuhkan asasnya dengan bantuan daripada beberapa orang sarjana Melayu-Islam yang ternama, seperti Muhammad Kamal Hassan, Syed Muhammad Naqiubb al-Attas, Wan Mohd Nor Wan Daud dan sebagainya.61 Gagasan PI ini dalam bentuk asas, kaedah operasi dan penilaian telah diterbitkan di dalam beberapa buah buku asas yang dipakai untuk semua program latihan dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan kerajaan yang lain.

Dalam banyak hal, program PI ini mengandungi beberapa elemen yang utama;

  1. Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolihi kejayaan (Falah) dan mengelakkan kerosakan (khusran).62
  2. Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan jiwa (Tazkiyah al-Nafs) seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir, taubat, kepentingan sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah (tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.63Apa yang jelasnya, pengamalan formula-formula ini dapat mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad dan roh manusia yang merupakan punca utama kepada pembentukan emosi manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.64
  3. Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang mana dalam banyak hal telah menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional sebagai kaedah utama untuk menguji dan mendidik manusia agar menjadikannya sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan spiritual.65

Apa yang dipentingkan dalam pembentukan modal insan ini adalah pembentukan manusia sebagai agen terpenting, dapat dikatakan sebagai modal utama bagi menjayakan sesuatu proses pembangunan negara. Ianya dirujuk kepada keupayaan dan kemampuan seseorang insan atau warga negara Malaysia dari segi kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran).

Ianya merujuk kepada penggunaan akal fikiran yang bermutu tinggi. Dalam Islam, seseorang manusia itu terbentuk daripada tiga elemen yang utama, jasad, Ruh dan akal. Semuanya terkait dalam tiga domain yang utama; kognitif, afektif dan psikomotor. Hal ini boleh dikesan secara yang tersirat daripada gagasan Islam Hadhari yang terdiri daripada;66

  1. Rakyat yang berpegang kepada ajaran agama dan adat ketimuran. Ianya bertepatan dengan falsafah perrenialis yang dicirikan dengan;
  • Metafizika yang memperlihatkan kewujudan hakikat illahi dan ketuhanan di dalam segala sesuatu : kehidupan dan fikiran.
  • Suatu psikologi yang memperlihatkan adanya sesuatu dalam jiwa manusia yang berkaitan dengan elemen ketuhanan.
  • Etika yang memperjelaskan hakikat dan tujuan akhir kehidupan manusia yang mempunyai kaitan dengan elemen ketuhanan.
  1. Rakyat yang berjiwa merdeka dan tinggi semangat patriotismenya.
  • Ingin mengekalkan nisbah merdeka – Proses pengekalan dan pengisian kemerdekaan ini perlu diisi bukan setakat dengan mewujudkan pembangunan untuk semua rakyat, termasuk juga dengan usaha dan tanggungjawab menghapuskan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di dalam masyarakat67.
  • Menjauhi sifat ataupun lawan kepada sifat merdeka; mentality tertawan.
  • Tinggi semangat patriotisme- dilihat dari segi68;
    • Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.
    • Rasa bangga dengan tanah airnya.
    • Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman dan serangan musuh samada musuh dalam ataupun luar.
    • Kesediaan untuk membela kepentingan Negara apabila dicemuh dan dihina.
  • Rakyat yang memahami bahawa sifat kemerdekaan itu bukannya bererti bebas melakukan apa sahaja sekehendak hatinya tanpa disertakan dengan tanggungjawab yang tertentu.69
  1. Rakyat yang mengamalkan sikap selektif terhadap cabaran globalisasi.70
  1. Rakyat yang mengamalkan kaedah pemikiran yang sihat, kritikal dan kreatif.71
  2. Rakyat yang tinggi sifat integriti dirinya- jujur, amanah, bertanggungjawab dan pandai bersyukur.72
  3. Rakyat yang menakrifkan diri mengikut acuan sendiri dan bukannya bergantung kepada kriteria takrifan daripada pihak luar (seperti kuasa pasaran barat). Kita patut menentukan falsafah, matlamat dan jalan hidup sendiri, bagi menjadikannya lebih bersesuaian dengan acuan Malaysia.73
  4. Rakyat yang mementingkan perpaduan dan kerukunan hidup dalam masyarakat.
  5. Rakyat yang menentang semua elemen ektremism – merujuk kepada74;
  • Extremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.
  • Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan sendiri adalah yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak.
  • Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempedulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat orang lain.
  1. Rakyat yang mengamalkan budaya ilmu yang tinggi – merujuk kepada75;
  • sikap cintakan ilmu melebihi faktur kebendaan yang lain.
  • Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak yang mulia. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperolihi pencapaian akademik yang tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia.
  • Neraca kebenaran untuk sesuatu ilmu perlu dinilai dari perspektif al-Quran dan Sunnah.
  • Proses pencapaian ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.
  • Pengamalan sikap hormat-kritis terhadap pandangan seseorang tokoh.

9. Rakyat yang memiliki proses penguasaan ilmu, dicirikan perlu mengandungi beberapa elemen yang utama;76

  • Pemahaman tentang peri pentingnya peranan ilmu di dalam kehidupan manusia, yang perlu disertakan dengan usaha proaktif untuk mencapai dan memilikinya.
  • Kadar usaha pencarian ilmu (mental dan fizikal) yang terpaksa dikeluarkan, seperti kesungguhan, sabar dan ketekunan yang tinggi.
  • Kesan yang terhasil daripada usaha kerja keras pencarian ilmu , seperti teguh, cekap, kuat, tidak mudah kalah dan berpengaruh.
  • Keupayaan mengurus, memperkembang dan mempertahankan sesuatu perkara yang terhasil daripada usaha pencarian ilmu, seperti kewibawaan mengguna, menerap, memperelok dan mempengaruhi pihak lain dengan hasil ilmu yang dimiliki.

REALITI KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN SEMASA : ANALISIS KRITIKAL

Sebagai asas perbincangan, demi untuk menghasilkan penganalisaan yang bersifat objektif dan berteraskan semangat futuristik ala Islam77, kajian ini hanya akan mengemukakan beberapa faktur kegagalan terhadap gagasan Islam hadari di Malaysia. Hal ini antara lainnya bakal mengelakkan sikap optimistik yang agak tinggi, yang terlalu asyik dengan kejayaan sehinggakan melupakan tentang faktur kegagalan.

Demi untuk memperjelaskan kebaikan Prinsip Rakyat Berjiwa Merdeka, kita perlu meneliti beberapa kecenderungan yang berlawanan dengan prinsip teras ini, yang memang kedapatan di dalam masyarakat Malaysia semasa. Ianya terdiri dari;

Pertama, pandangan Ibn Khaldun tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung, yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah.

Kedua, pandangan Syed Hussein al-Attas tentang mentality watak tertawan, sikap yang terlalu pro nilai-nilai barat yang dipegang sesetengah kalangan masyarakat di Malaysia. Antara sikap utama golongan ini; ( Syed Hussein al-Attas, 2005, hlm 2-7)

  1. sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat.
  2. Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah.
  3. Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering taasub dengan teori dan bahan bacaan daripada barat.
  4. tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan kepada mereka daripada sumber barat.
  5. Tidak menyedari kelemahan sikap tertawan mereka.

Sebagai lanjutan kepada sikap tertawan ini yang rata-ratanya dihidapi oleh pelbagai kalangan masyarakat, timbul beberapa persoalan sistem nilai yang masih gagal ditonjolkan secara tuntas di dalam masyarakat, yang terdiri dari;( Ibid, hlm 8-10)

  1. Masalah kurangnya sifat bersungguh-sungguh (sense of urgency) dalam melakukan sesuatu perkara.
  2. Kurangnya ditonjolkan kepentingan sifat malu (sense of shame) di dalam masyarakat. Apa yang sepatutnya dirasakan malu tidak ditonjolkan, sebaliknya ianya cuba ditengelamkan.
  3. Kurangnya masalah kebertanggungjawaban (sense of accountability).
  4. Meluasnya gejala keruntuhan moral dan rasuah di dalam masyarakat.

Ketiga, ketiadaan dan semakin menurunnya semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semasa. Secara tersirat, kita boleh mengesan bagaimana Perdana Menteri Malaysia memang menyedari tentang wujudnya masalah ini yang cuba ditonjolkan dengan melontarkan prinsip rakyat berjiwa merdeka ini. Terdapat beberapa komentar yang telah diberikan oleh sejumlah besar kalangan sarjana dan pemimpin Negara tentang masalah dalaman ini yang dihidap oleh masyarakat Malaysia yang boleh menjejaskan status kemerdekaan Negara ini. Antaranya;

  1. Sikap sesetengah golongan muda yang terlalu menghargai dunia global sehingga melupakan kepentingan tanah air sendiri. Dalam hal ini, Mohd Noor Azam menegaskan;( Noor Azam ,2004)

“Dunia mereka tidak lagi tanah air atau Negara ibunda, tetapi dunia globalisasi. Dunia globalisasi menuntut lebih banyak persamaan, seolah-olah menafikan kelainan. Namun sebagai bangsa yang bermaruah generasi muda Malaysia wajar kembali kepada acuan budaya kita sendiri. Justeru, melalui budaya kita sendiri, kita dapat mengekalkan jati diri.”

  1. Sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa perjuang kemerdekaan. Hal ini diulas oleh Aziz Ishak dengan; (Utusan Malaysia, Sabtu 25hb Ogos 2001)

Yang turut menggangu fikiran ialah kemakmuran dan keamanan yang dikecapi sejak merdeka rupanya menyebabkan sebahagian kita mudah merasa selesa dan muda lupa. Ini termasuk tidak lagi menghargai bekas-bekas perajurit sehingga kutipan rayuan hari pahlawan menjadi dingin. Hanya jika berlaku sekali lagi konfrontasi atau darurat kominis seperti dahulu, barulah agaknya anggota pasukan keselamatan lebih dihargai. Sebahagian kita juga tidak pandai lagi menghargai polis yang menjaga keamanan sebaliknya mahu mengherokan pihak lain seperti penunjuk perasaan yang melanggar undang-undang. Dalam pada itu, isu kaum dan integrasi nasional terus menjadi duri dalam daging sementara nasionalisme kian goyah.

  1. Sikap individualistic yang menyebabkan semangat patriotisme menjadi lemah. Hal ini diulas oleh Khoo Kay Kim; (Abdul Rahman Aziz, 2004, hlm 23 dan 24)

Ternyata nasionalisme di masyarakat mana-manapun perlu dipupuk oleh kerajaan. Nasionalisme tidak boleh dipisahkan daripada sistem nilai masyarakat. Kalau sesebuah masyarakat lebih mengutamakan pencapaian individu maka individualisme akan menenggelamkan nasionalisme; rakyat menjadi nafsi; objek kesetiaan dan kecintaan mereka bukanlah Negara tetapi diri sendiri. Masyarakat yang terlalu individualistic akan cepat meretak dan akan timbul keadaan di mana seseorang tidak akan menghormati orang lain. Masyarakat lebih berkecenderungan mengejar symbol terutamanya yang berkaitan dengan kekayaan.

  1. Sifat ketiadaan rasa sayang kepada tanah air yang dipegang oleh generasi muda yang lahir selepas zaman kemerdekaan. Ianya diulas oleh Ungku Aziz; (Ibid)

Semangat kebangsaan cuma terdapat di kalangan pemimpin lapisan pertama iaitu di kalangan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang menteri yang rapat dengan mereka. Pemimpin lapisan pertama menghadapi kesukaran kerana orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan cita-cita dan perancangan mereka tidak mempunyai pandangan dan semangat yang sama. Natijahnya tidak terbentuk satu sikap patriotisme yang jitu dan ini mendatangkan masalah pada Negara. Semangat cintakan Negara di kalangan generasi muda semakin pupus kerana pengaruh budaya antarabangsa, kemajuan teknologi dan silap tafsir mengenai nilai-nilai Islam. Di kalangan generasi muda ini sudah terdapat perlakuan anti-patriotisme misalnya tidak mahu menyanyikan lagu Negaraku adalah contoh silap tafsir mengenai Islam yang kononnya mereka tidak boleh menyanyi.

  1. Wujudnya golongan yang anti-patriotisme yang kebanyakannya lahir selepas merdeka, yang dikatakan oleh Awang Had Salleh;(ibid, hlm 31)

Perbuatan atau tren mencela dan mencetuskan satu penghinaan kepada rakyat yang bersifat nasionalis atau patriotic yang berlaku di Negara ini akhir-akhir ini merupakan suatu perkembangan yang amat merbahaya. Malah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk meraih undi dengan mengugat teras-teras patriotisme dan jika ini dibiarkan berleluasa ia boleh merobohkan sesebuah Negara.

Keempat, ketiadaan kekuatan jati diri dalaman berteraskan agama di kalangan penduduk Malaysia. Secara tabi’inya semangat patriotisme ini akan timbul apabila semua rakyat mempunyai kekuatan jati diri yang tinggi. Namun begitu, hal yang sebaliknya telah dikesan dalam konteks masyarakat Malaysia semasa. Hasil kajian emperikal yang dibuat terhadap sejumlah kalangan generasi muda di Malaysia mendapati sebahagian besar daripada generasi muda di Malaysia telah mengidap pelbagai masalah, yang bakal mengikis keutuhan semangat jati diri.

Tanpa menafikan kejayaan yang sedia dicapai dalam konteks kejayaan pelaksanaan program pembangunan Islam di Malaysia, masih lagi terdapat beberapa kelopongan yang perlu diatasi bagi mengelakkan gagasan Islam Hadari ini gagal dijayakan. Dalam konteks ini, beberapa pembaikian yang agak besar perlu dijalankan bagi memperelokkan lagi gagasan yang mulia ini. Memanglah diakui, sejak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, usaha ke arah memperbaiki kepincangan dari segi pentadbiran, politik wang, rasuah, polis dan integriti telahpun secara aktif dijalankan.78 Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian khusus, seperti;

  1. Kepentingan diwujudkan pembangunan sistem politik yang lebih telus, terbuka dan adil. Apa yang jelasnya, dalam kontek Malaysia semasa, masih lagi terdapat beberapa elemen kelemahan di dalam program pembangunan sistem politik seperti;79
  • Wujudnya fenomena pemilihan elit politik yang berasaskan kepada elemen kekerabatan dan status ekonomi (Korporat) melebihi faktur kebolehan sebenar yang mungkin dimiliki dari kalangan masyarakat awam.
  • Golongan ulamak hanya bertindak sebagai alat justifikasi kepada program yang dijalankan oleh elit politik.
  • Wujudnya pengaruh sistem ekonomi Kapitalisme yang tinggi dirujuk kepada meluasnya fenomena elit politik berkerja untuk menjaga kepentingan elit ekonomi daripada menjaga kepentingan masyarakat massa.
  • Fenomena pemilihan ketua lebih berasaskan kepada budaya politik wang.
  • Fenomena kegiatan elit politik yang tidak berpandukan kepada satu set undang-undang dan peraturan yang jelas, yang menyebabkan mereka mengatasi undang-undang dan bukannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Fenomena campurtangan elit politik yang berlebihan di dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.
  • Fenomena perpecahan masyarakat Melayu daripada kalangan parti pemerintah ataupun parti pembangkang, walaupun kedua-duanya menganut dan mengamalkan ajaran Islam yang sama. Kedua-duanya lebih menekankan agenda yang terlalu politiking terhadap sesuatu isu yang timbul yang menyebabkan keduanya tidak dapat bersatu bagi menghadapi dominasi politik golongan bukan Melayu di Malaysia.80
  1. Kepentingan mewujudkan pembangunan pendidikan yang sesuai untuk konteks zaman globalisasi. Sebagai contohnya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi dalam konteks ini, seperti;
  • Fenomena sistem pengajian IPTA/IPTS yang tidak sesuai untuk kehendak pasaran kerja di Malaysia.81
  • Fenomena menjadikan IPTA/IPTS sebagai kilang untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknikal tanpa diberikan penekanan kepada usaha melahirkan graduan yang berakhlak mulia.82
  • Fenomena yang terlalu mengagungkan pengajian di bidang teknikal sehinggakan meremehkan bidang-bidang lain, termasuklah aliran pengajian agama.83
  • Fenomena yang terlalu mengagungkan sistem pengajian berkembar dengan universiti barat yang kononnya bakal menerapkan bidang dan kemahiran moden sehingga melupakan tentang wujudnya pemindahan sistem nilai ala sekularisme barat kepada graduan tempatan.84
  • Fenomena yang diamalkan oleh IPTS yang tidak mementingkan pembentukan sistem ko-kurikulum yang berteraskan kehendak Islam dan adat ketimuran.
  • Fenomena IPTS yang lebih suka menipu pelanggannya (pelajar) tentang mutu dan kecanggihan program pengajian yang ditawarkan, sedangkan hal sebaliknya telah dilakukan.
  1. Kepentingan mewujudkan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang bagi menyaingi impak negatif yang dilahirkan oleh era globalisasi.
  1. Kepentingan mengamalkan sikap lebih prihatin (konsep Amar Makruf nahi Mungkar) terhadap krisis sosial yang melanda golongan muda di Malaysia.85

1 Istilah ini merujuk kepada trend dan konfigurasi politik sesuatu kerajaan yang menghasilkan sesuatu perubahan dalam sesuatu dasar. Lihat Marzuki Wahid, Fiqh Mazhab Negara : kritik atas politik hokum Islam di Indonesia, Yogyakarta : LKIS, 2001, hlm 3-5.

2 Maklumat lanjut tentang proses pengubalan dasar di Malaysia boleh didapati dalam Sabitha Marican, Dasar awam di Malaysia : isu dan konsep, Kuala Lumpur : Utusan publication, 1997, hlm 63-90.

3 Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “Konsep Tajdid Dan Pemikiran Islam Dr. Mahathir : Satu Analisis”, dalam Prosiding Seminar Dr. Mahathir pemikir Islam Abad ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 66-86.

4 Rahimin Affandi Abd. Rahim, “Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori dan realiti “, dalam Dinamisme Pengajian Syariah, (ed) oleh Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Kuala Lumpur : Berita publishing, 1997, hlm 93-106.

5 Donald L. Horowitz, “ The Quran and the Common law : Islamic law reform and the theory of legal change “, dalam The American Journal Of Comparative law, v. 42, 1994.

6 Wan Mohd Nor Wan Daud, The educational philosophy and practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas ; an exposition of the original concept of Islamization, Kuala Lumpur : ISTAC, 1998, hlm 371; 389-414.

7 Maklumat lanjut tentang hal ini boleh didapati dalam Ahmad Fawzi Mohd. Basri, “ Perubahan nilai dalam budaya politik Melayu “, dalam ed. Oleh Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Nilai Orang Melayu, Sintok : Sekolah Pembangunan Sosial, UUM, 1996, hlm 90-101; Zulkifli Abd. Ghani, “ Gerakan Dakwah : Satu Takrifan Semula Untuk Melahirkan Islam Yang Progressif “, dalam Himpunan kertas kerja Isu dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam, Kuala Lumpur : DBP, 2002, hlm 257-258.

8 Mohd Nasran Mohamad, “ Dimensi dan pendekatan hubungan antarabangsa Islam dalam dasar luar Dr. Mahathir “, dalam Prosiding Seminar Dr. Mahathir pemikir Islam Abad ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 87-108.

9 Badlihisham Mohd. Nasir, Islamic movements in Malaysia : A study of Da’wah in PAS and ABIM, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham, 1998, hlm 190-300.

10 Husin Mutalib, Islam And Ethinicity in the Malay Politics, Singapore : Oxford University Press, 1982, hlm 136-138.

11 Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori Dan Realiti “,dalam Dinamisme pengajian Syariah, Kuala Lumpur : Berita Publishing, 1997 hlm 102-106.

12 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Fawaz A. Gerges, America and political Islam; Clash of cultures or clash of interest, Cambridge : Cambridge university press, 1999, hlm 21-28.

13 Bernard Lewis, “ Islam and Liberal Democracy “, dalam Atlantic Monthly, Februari 1993, hlm 93.

14 Bernard Lewis, “ The roots of Muslim rage “, dalam Atlantic Monthly, September 1990, hlm 60-62.

15 S. Huntington, “ The Clash of civilizations?, dalam Foreign Affairs, Summer 1993, hlm 25, 31-32 dan 39.

16 Tokoh-tokoh ini adalah Hashim Musa dalam Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia menghadapi cabaran Globalisasi barat, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm 69-74 dan 78-90; Mohd Kamal Hassan dalam Toward Actualizing Islamic Ethical and educational principles in Malaysia society : Some critical observations, Kuala Lumpur : ABIM, 1996; Wan Mohd Nor Wan Daud dalam Pembangunan di Malaysia : ke arah suatu kefahaman baru yang lebih sempurna, Kuala Lumpur, 2001.

17 Muhammad Kamal Hasan, Toward actualizing Islamic ethical and educational principles in Malaysia, Kuala Lumpur : ABIM, 1996, hlm 56-57 dan 93-97.

18 Kupasan yang lebih mendalam tentang pandangan ini boleh didapati dalam Dr. Majid Irsan Kailani, Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Jerusalem ke Pangkuan Islam, Kuala Lumpur : Thinker Libraries, 1998, hlm 362-364.

19 Maklumat lanjut tentang model-model ini boleh didapati dalam Badlihisham Mohd. Nasir, Islamic movements in Malaysia : A study of Da’wah in PAS and ABIM, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham, 1998, hlm 190-300.

20 Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : ke arah suatu kefahaman baru yang lebih sempurna, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001, hlm 27-28.

21 Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Krisis remaja dan Media Massa di Malaysia : suatu tinjauan dari perspektif Islam “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 10, 1999, hlm 125-134.

22 Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : ke arah suatu kefahaman baru yang lebih sempurna, hlm 16.

23 Ibid, hlm 14-15.

24Lihat dua artikel oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, pada mulanya merupakan teks syarahan perdana yang diberikan di INTAN dan kemudiannya diterbitkan dalam Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Sikap bertanggungjawab (Mas’uliah) dari sudut agama, sejarah dan pendidikan “, dalam Jurnal Pemikir, Oktober-Disember, 2000 dan “ Insan baik teras kewarganegaraan “, dalam Jurnal Pemikir, Januari-Mac, 1996.

25 Mohd. Sahar Sidek, “ Pengurusan organisasi dari persepktif Islam “, dalam Pengurusan dalam Islam, Kuala Lumpur :Persatuan bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, 1996, hlm 143-145.

26 Yusoff Mohamad, Bina Insan : Satu analisis kaedah, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1989, hlm 30-38.

27 Muhd. ‘Uthman el-Muhammady, “ Manusia sebagai khalifah di bumi “, dalam Tasawwur Islam : Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan, Kajang : IPI, 2002, hlm 23.

28 Mohd. Kamal Hassan, “ Nilai-nilai universal Islam tentang kesejahteraan masyarakat “, dalam Ilmu dan kecemerlangan - dari perspektif Islam, Kuala Lumpur : IKIM, 1994, hlm 111-114.

29 Anis Ahmad, “ The reorientation of Islamic history : some methodological issues “, dalam Islam : Source and purpose of knowledge, Virginia, IIIT, 1988, hlm 292-293.

30 Lihat Mohd. Zuhdi Marsuki, “ Pengajian sains, teknologi dan masyarakat : pendekatan bersepadu ke arah wawasan 2020 “, dalam Pengajian Umum di Alaf Baru, UKM, Bangi, 2000, hlm 280-287.

31 Zulkiple Abd. Ghani, “ Imperatif Multimedia dalam pembangunan ummah “, dalam Multimedia dan Islam, Kuala Lumpur : IKIM, 2000, hlm 15-29.

32 Mahathir Mohamad, “ Speech at the 4rd RISEAP General Assembly”, Kuala Lumpur, 8hb November 1986, Foreign Affairs Malaysia, 19, 4 (Disember 1986), hlm 36-40.

33 Hairudin Harun, Kosmologi Melayu dalam era Teknologi Maklumat; antara akal budi Melayu dengan budaya fikir digital, Kuala Lumpur : DBP, 2001, hlm 50-51.

34 Ibid, hlm 45-47.

35 Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Perubahan dan pembangunan sosial menurut Ibn Khaldun “, dalam Seminar Pemikiran Ibn Khaldun 11, anjuran Majlis Agama Islam Sarawak, pada 28hb. Jun 2002..

36 Mohd Nakhaei Ahmad dalam Masyarakat Islam Hadari, Kuala Lumpur : YADIM, 2003, hlm 79-100.

37 Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abd Rahim, “ Penyelesaian masalah gejala sosial di Malaysia menurut perspektif Islam “, dalam Seminar Pembangunan ummah peringkat kebangsaan, anjuran Unit Perundingan APIUM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor, pada 14hb. Julai 2003.

38 Lihat Zainuddin Jaffar, Spektrum pemikiran Islam, KISDAR, Bangi lama, 2000, hlm 19-22; lihat juga Siddiq Fadzil, “ Ledakan maklumat, revolusi komunikasi dan globalisasi : implikasi terhadap jati diri “, dalam Teknologi Maklumat dan komunikasi : harapan, cabaran dan barakah, INSANIAH, Alor Setar, 2001, hlm 62-65.

39 Lihat Mohd. Azizuddin Mohd. Sani, Hak asasi manusia menurut pandangan Islam dan barat, Kuala Lumpur : Utusan publication, 2002, hlm 52-58.

40 Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, Etika alam sekitar daripada persepktif Islam, timur dan barat, Kuala Lumpur : Penerbitan PTS, 2002, hlm 118-135.

41 Lihat H. Syahrin Harahap, Islam; Konsep dan implementasi pemberdayaan, Yogyakarta : PT Tiara Wacaana Yogya, 1999, hlm 11-25.

42 Ibid.

43 Sebab utama ketinggian tamaddun kebendaan Barat seperti dinilai oleh reformis moden boleh dilihat dalam Majid Irsan Kailani, Mendidik peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur : Berita Publishing, 1997, hlm 64-66.

44 Mahathir Mohamad, “ Speech at the International Islamic Symposium “. Selepas ucapan ini, sejumlah besar negara Islam telah menyatakan persetujuan untuk menaja penubuhan UIAM di Malaysia.

45 Syed Ahmad Hussein, “ Muslim politics and discourse on democracy “, dalam Democracy in Malaysia; discourse and practices, Richmond, Surrey : Curzon press, 2002, hlm 75-80.

46 Rujukan lanjut boleh dilihat dalam Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Efektif Governan di Malaysia menurut perspektif Islam, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2004, khususnya hlm 57-80.

47 Lihat sebagai contohnya Ahmad Hidayat Buang, Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM, 2004.

48 Quran 42:30; 53:32; 7:22-23.

49 Mahathir Mohamad, “ Speech at the International Islamic Symposium “, Kuala Lumpur, 5 March, 1986, Foreign Affairs Malaysia, 19, 1 (March 1986), hlm 15-20.

50 Hairudin Harun, Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital, Kuala Lumpur: DBP,2001, hlm 115-116.

51 Ibid., hlm 59-80.

52 Ibid., hlm 60-63.

53 Yusof Qardawi, Al-ijtihad Fi Shariah Al-Islamiyyah Ma’a Nadhratain Tahliyyatin Fi Ijtihad al-Mu’asir, Kuwait, 1980, hlm 127-128.

54 Ibid.

55 Baharudin Ahmad, Falsafah Sains Dari Persepktif Islam, Kuala Lumpur : DBP, 1994, hlm viii-xiii.

56 Yasien Mohamad, “ Islamization : A Revivalist Respone To Modernity “, dalam Muslim Education Quarterly, v. 10, no. 2, 1993, hlm 17-18.

57 Lihat Zaini Ujang, “ Tinjauan Terhadap Pendidikan Bersepadu : Suatu Sorotan Dalam Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar”, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 2, bil. 1, 1989, hlm 39-42

58 Mohd. Kamal Hassan, “ Renungan tentang pembangunan sumber manusia di Malaysia : Menghadapi cabaran Abad ke-21 “, dalam Pembangunan sumber manusia di Malaysia : Cabaran Abad ke-21, Skudai : UTM, 2000, hlm 24-25.

59 Ibid, hlm 23.

60 Fred R. Von Der Mehden, Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida, 1993, hlm 83-85.

61 Lihat dua artikel oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, pada mulanya merupakan teks syarahan perdana yang diberikan di INTAN dan kemudiannya diterbitkan dalam Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Sikap bertanggungjawab (Mas’uliah) dari sudut agama, sejarah dan pendidikan “, dalam Jurnal Pemikir, Oktober-Disember, 2000 dan “ Insan baik teras kewarganegaraan “, dalam Jurnal Pemikir, Januari-Mac, 1996.

62 Mohd. Sahar Sidek, “ Pengurusan organisasi dari persepktif Islam “, dalam Pengurusan dalam Islam, Kuala Lumpur :Persatuan bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, 1996, hlm 143-145.

63 Yusoff Mohamad, Bina Insan : Satu analisis kaedah, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1989, hlm 30-38.

64 Muhd. ‘Uthman el-Muhammady, “ Manusia sebagai khalifah di bumi “, dalam Tasawwur Islam : Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan, Kajang : IPI, 2002, hlm 23.

65 Mohd. Kamal Hassan, “ Nilai-nilai universal Islam tentang kesejahteraan masyarakat “, dalam Ilmu dan kecemerlangan - dari perspektif Islam, Kuala Lumpur : IKIM, 1994, hlm 111-114.

66 Mohd Shauki Abd Majid, Wacana Hadhari dalam Islam, Kuala Lumpur : Anzagan, 2004. Buku ini merupakan antologi artikel tulisan Mohd Shauki Abd Majid yang diterbitkan dalam ruangan Islam Hadhari di dalam Akhbar Berita Harian.

67 Abdul Rahman Haji Ismail, “ Nasionalisme Melayu Dan Nasionalisme Melayu Setanah Melayu : Satu Perbincangan Tentang Soal Permulaannya “, Dalam Isu-Isu Pensejarahan (Esei Penghargaan Kepada Dr. S. Suntharalingam), Pulau Pinang : Penerbit Usm, 1995, Hlm 163-192

68 Awang Had Salleh, “ Patriotisme Dan Globalisme Dalam Konteks Pergerakan Bahasa Dan Sastera Kebangsaan “, Dalam (Edit) Abdul Latiff Abu Bakar Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu : Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala Lumpur : DBP, 2000, hlm 1-2

69 Abdul Rahman Aziz , Pemugaran Semangat Patriotisme Untuk Pembangunan, Sintok : Penerbit Uum, 2004, hlm 20-21.

70 Rahimin Affandi Abdul Rahim, " Menangani cabaran Globalisasi : satu analisis terhadap pemikiran Reformis semasa ", Dalam (edit oleh Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti dan Che Zarrina sa'ari) Pemikiran Islam dan cabaran semasa, Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, 2004, hlm 213-238.

71 Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Pemikiran reformasi Melayu semasa : satu analisis “, dalam (edit) Hashim Musa, Bahasa dan pemikiran Melayu, Kuala Lumpur : APMUM, 2005, hlm 332-265.

72 Siddiq Fadhil, “ Jatidiri Dan Nilai-Nilai Budaya Dalam Pemikiran Melayu “, Dalam Edit Ahmad Mohamad Said Pembangunan Watak Bangsa : Pemerkasaan Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan, Kajang : Akademi Kajian Ketamadunan, 2005, Hlm 40-42.

73 Hadijah Rahmat, In search of modernity : A study of the concepts of literature, authorship and notion of self in traditional Malay literature, Kuala Lumpur : DBP, 2001, hlm 19-22; Muhammad Abu Bakar, “ Pandangan dunia, ideologi dan kesarjanaan : Islam, proses sejarah dan rekonstruksi realiti sosial “, dalam Tinta kenangan, sumbangan sempena persaraan dan perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur, 1993, hlm 307-309.

74Hashim Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala Lumpur : Penerbit Um, 2004, hlm 232

75 Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun “, Dalam Jurnal Pendidikan Islam, V. 3, Bil. 1, 1990, hlm 51-67

76 Mohd Yusof Othman, “ Teknologi Maklumat : Harapan Dan Cabaran Di Alaf Baru “, Dalam (Edit) Sharifah Azizah Sahil Jamalullail Teknologi Maklumat Dan Kominikasi : Harapan, Cabaran Dan Barakah, Alor Setar : INSANIAH, 2001, hlm 34-35

77 Maklumat lanjut tentang pendekatan ini boleh didapati dalam Idris Zakaria & Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, “ Ilmuan Islam dan Kepentingan Kajian Masa Hadapan (Future Studies) “, dalam Prosiding Islam : Past, Present and Future- International Seminar on Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004.

78 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Jamaie Hamil, “ Dinamika kepimpinan politik UMNO “, dalam (edit) oleh Ghazali Mayudin, Demokrasi, kepimpinan dan keselamatan dalam politik Malaysia, Bangi : Penerbit UKM, 2006, hlm 126-131.

79 Jamaie Hamil, UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu, Bangi : Penerbit UKM, 2004.

80 Hal ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah MP bukan Melayu di dalam parlimen Malaysia yang semakin bertambah kuat akibat dari pertentangan sesama parti orang Melayu-Islam, lebih-lebih lagi dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1995 dan 1999. Lihat data yang amat mendukacitakan ini di dalam Shukri Ahmad, “ Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Dari Tahun 1950an hingga 1990an “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14, 2001, hlm 110-111.

81 Lihat Rahimin Affandi Abd Rahim, " Graduan Pengajian Islam bertaraf world class.", dalam Konvensyen Mahasiswa Pengajian Islam peringkat Nasional 2003, Anjuran bersama APIUM dan PMAIUM, pada 13hb Disember 2003.

82 Lihat Noraini Othman, “ Globalisasi, pendidikan dan modeniti di Malaysia “, dalam Malaysia menanggani globalisasi : peserta atau mangsa, UKM Bangi, 2000, hlm 153.

83 Wan Mohd Nor Wan Daud, , Pembangunan di Malaysia : ke arah suatu kefahaman baru yang lebih sempurna, Kuala Lumpur, 2001, hlm 16.

84 Tan Ai Mei, Malaysian Private Higher Education : Globalisation, Privatisation, Transformation and Marketplaces, London, 2002.

85 Lihat sebagai contohnya Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ penyelesaian masalah gejala sosial di Malaysia menurut perspektif islam “, dalam Seminar Pembangunan ummah peringkat kebangsaan, anjuran Unit Perundingan APIUM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor, pada 14hb. Julai 2003.

Read more...