KERJA DAN PELAKSANAANNYA
MENGIKUT FIQH AWLAWIYYAT[i]
Oleh
Prof Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid
Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
Universiti Malaya
Pendahuluan
Fiqh Awlawiyyat bermaksud meletakkan sesuatu pada martabatnya secara adil. Perkara itu baik merupakan hukum, nilai dan kerja amalan. Maka sesuatu amalan itu sebagai contoh, hendaklah diutamakan apabila ia patut diutamakan, lalu tidak patut diutamakan apabila ia kurang penting berbanding dengan yang lebih penting. Jadi jangan diutamakan yang kurang penting daripada yang lebih penting.[2]
Dengan kata lain, jangan memperbesarkan perkara remeh temeh dan jangan memperkecil perkara yang sebenarnya besar. Sesuatu kerja yang asas dan dasar harus didahulukan berbanding dengan kerja yang berbentuk cabang. Oleh sebab itu umat Islam memerlukan pemahaman yang baik berkait dengan fiqh awlawiyyat atau dikenali juga dengan istilah fiqh maratib al-a`mal sama ada dalam perkara kebendaan mahu pun maknawi, pemikiran atau sosial, ekonomi atau politik, perpaduan atau kerjasama.
Al-Qaradhawi pernah membuat teguran kepada negara Arab dan Dunia Islam yang amat tidak faham dengan keutamaan ini sehinggakan terlalu mengutamakan kegiatan sukan dan hiburan berbanding dengan kegiatan ilmiah dan akademik. Eksesais jasmani lebih berkali ganda diberi perhatian berbanding eksesais mental, sehingga menjadi perbincangan harian umat Islam tentang sukan dan olah raga serta hiburan serta para penghibur, sedangkan tentang buku dan ilmu jarang diambil peduli.[3]
Akibat daripada itu nama-nama yang menjadi tumpuan masyarakat bukan para ilmuan atau budayawan, tidak juga para karyawan, pekerja kerajaan atau swasta yang yang cukup banyak menyumbang kudrat dan sumbangan bermakna tetapi yang lebih diperbesarkan adalah seniman dan seniwati, pemain bola sepak dan bola keranjang. Itulah yang tidak ada keadilan dari segi penonjolan.
Justeru itu, semua media termasuk tv, radio, akhbar dan majalah lebih bersibuk dengan nikah cerai selebriti berbanding dengan pencapaian seseorang sasterawan mahu pun seorang profesor yang memberikan teori baru. Tidak dihiraukan sangat pencapaian demi pencapaian akademik lulusan IPT dalam segala segi dan bidang tetapi lebih menonjolkan berapa harga mas kahwin artis, belnaja kahwin di hotel mana dan siapa tetamunya hatta haji dan umrah mereka pun menjadi berita sensasi yang sebenarnya tidak ada apa-apa erti.
Ahli Agama Yang Hilang Kefahaman Fiqh Awlawiyyat
Di kalangan ilmuan agama juga terdapat salah faham tentang fiqh awlawiyyat ini. Akibatnya, banyak perkara yang kurang penting diutamakan. Sedangkan keperluan semasa yang amat perlu tidak dihiraukan.
Apa perlunya bersibuk membina masjid yang banyak pada tempat yang sudah ada banyak masjid? Apa lagi jika masjid itu hanya sekadar dimakmurkan sekali seminggu sahaja. Mereka lebih suka membina bangunan batu daripada membina insannya.
Berapa ramai pula yang berkali-kali melakukan ibadahhaji dan umrah sanggup mengurangkan pemergian mereka ke sana supaya orang lain lebih selesa membuat ibadat haji atau untuk menggunakan perbelanjaan sedikit harta mereka kepada mangsa perang di Iraq atau Palestin, malah mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia?
Banyak kewajipan segera diabaikan sedangkan pada masa yang sama mereka asyik melakukan kerja yang boleh ditangguhkan. Patutkah ditangguhkan pembelaan terhadap anak-anak yatim, ibu tunggal atau merawat mereka yang sakit atau memberikan pekerjaan kepada penganggur. Kenapa beban tugas hanya diserahkan kepada kerajaan sahaja hatta untuk mencuci longkang di depan rumahnya.
Ratio Ahli Agama dan Pekerja Profesional
Imam al-Ghazali pernah menegur para terpelajar pada zamannya yang beramai-ramai mendalami bidang fiqh, sedangkan ketika itu para doktor terdiri daripada tabib Yahudi atau Nasrani. Mereka yang bukan Islam itu lah yang bersusah merawat pesakit muslim, ketika orang Islam menumpu kepada bidang fiqh hukum. Di tangan orang Yahudi dan Nasrani itulah terletaknya nyawa kaum muslimin dan aurat muslimin dan muslimah terdedah kepada mereka kerana tidak cukup muslim di negara umat Islam sendiri.
Apakah maknanya, jika ketika orang bukan Islam menyambut tahun baru mereka, tiba-tiba orang Islam di Kuala Lumpur tidak dapat memasak nasi sebab gas dapur sudah habis dan tidak ada pihak yang menghantarnya. Apa maksudnya, apabila kereta rosak di tengah jalan tidak terdapat mekanik sebab hari itu Tahun Baru Cina. Kenapa sukar mencari kedai gunting muslim dan terpaksa kepala yang begitu mulia di gunting rambutnya oleh seorang India. Ini semua justeru hilangnya fiqh awlawiyyat.
Isu menjadi lebih besar jika pergi ke peringkat global. Apakah wajar ketika kita dihimpit musuh-musuh Islam di Amerika dan Eropah, para pendakwah masih bertelagah bolehkah atau tidak makan atas meja, atau mana lebih afdal makan atas meja memakai sudu dan garfu atau makan dengan tangan sambil duduk atas lantai. Mana lebih baik memakai jam di tangan kanan atau di tangan kiri, atau memakai pakaian warna putih itu wajib atau sunat?
Lebih menghairankan, bagaimana mereka yang dikatakan berdakwah atau bergerak dalam perjuangan Islam yang tidak menghormati orang tua mereka atau mengherdik mereka yang lebih tua, apalagi mengata dan mencemuh dengan bahasa yang agak kasar??? Pendek kata seribu satu perkara pelik setiap hari berlaku di sekeliling kita ibarat berjalan kaki ke atas dan kepala ke bawah kerana kurang faham dengan fiqh awlawiyyat ini.
Fiqh Awwaliyyat Masa Kini
Tuntutan semasa yang kurang diberikan perhatian dalam fiqh awlawiyyat atau “ kefahaman tentang keutamaan” ini berlaku dengan banyaknya apabila umat Islam seperti mencuaikan fardu kifayah iaitu kemajuan yang setanding dengan orang lain dalam pembinaan industeri dan persenjataan.
Berapa ramai jumlah para profesional kita yang terlatih dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan seumpamanya ketika kita berebut-rebut mendirikan sekolah tahfiz. Baik orang hafal al-Quran itu, tetapi adakah baik tidak faham al-Qur`an sehingga kita melupakan maksud dan kefahaman surah al-Hadid tentang besi, atau maksud kisah Saba` Raja Balqis dengan Istana Raja Sulaiman, apakah iktibar yang patut kaum muslimin lakukan dengan ayat-ayat santifik dalam al-Qur`an? Adakah mereka berpada dengan hanya mahu dapat pahala bacaan sahaja (alif lam mim: 30 pahala). Tidakkah juga para jurutera Perodua, pekerja kilang Proton mendapat pahala. Adakah tidak berpahala jika anda membuka ladang dan memberi pekerjaan kepada penganggur yang melalui pendapatannya pula dapat menyara anak isteri mereka, pahalanya kecil berbanding dengan hafalan al-Qur`an itu.
Kenapa memandang remeh tanggungjawab amar ma`ruf dan nahi munkar, di mana fungsi itu merupakan ciri hidup orang beriman. Apakah maksud amar ma`ruf nahi munkar itu hanya berkhutbah, atau menjadi penguatkuasa undang-undang itu tidak ada pahala. Manalah banyak pahala seorang pengkhutbah dengan mereka yang menggunakan kuasa untuk menangkap pelaku maksiat, penjual yang menyorok barang atau seumpamanya.
Fenomena lain yang berkait dengan kelemahan pemahaman fiqh awlawiyyat juga, mereka yang memerangi perkara makruh, lebih daripada memahami perkara haram. Bersibuk dengan menghalang perbuatan berdosa kecil dengan mengabaikan perbuatan berdosa besar. Di negeri Terengganu, menurut laporan pihak polis (Tangkapan Juvana/ Pelajar Terlibat Dalam Jenayah Indeks Mengikut Kontinjen–Jan 2005-Dis 2005 dan Jan 2006-Dis 2006) amat menakutkan kerana mendapat Terengganu merupakan tempat ketiga di seluruh negara selepas Kedah dan Selangor pada tahun 2005. Kedah 721 kes, Selangor 681 dan Terengganu 573. Angka itu daripada jumlah keseluruhan di Malaysia yang berjumlah 5,996.[4] Bagi tahun 2006, Kedah melonjak kepada726 kes, diikuti Kuala Lumpur 716, Selangor melantun kepada angka 981, Terengganu masih 570, hanya berkurangan tiga kes.
Persoalannya, di mana para ibu bapa, para guru, peranan masjid dan berbagai institusi kerajaan dalam menghadapi masalah ini. Dalam kajian tersebut mereka yang terlibat adalah antara usia16-18 tahun (59.8%), usia 13-15 tahun (36.9%). Mereka diwakili oleh anak lelaki Melayu (79.03%). Berbanding anak lelaki China 7.27% dan anak lelaki India 6.85% bagi tahun 2006. Hasil kajian menunjukkan sudah ada yang terlibat dengan bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun berkawan, pemerasan, ugutan jenayah malah curi dan pecah rumah.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan juga mempunyai pandangan mereka sendiri tentang gengterisme/buli, hedonisme, Mat Rempit, pergaulan bebas, ketagihan dadah, perjudian, lari dari rumah, pelacuran dan sebagainya.
Inilah cabaran yang perlu difahami ketiha kita menggerakkan Islam Hadhari Terengganu Bestari agar masing-masing pihak peka dan tidak hanya menyalahkan antara satu sama lain sebagai salah satu agenda bertindak dalam menuju negara maju 2020.
Kaitan Fiqh Awlawiyyat Dengan Fiqh Muwazanat
Fiqh Awlawiyyat tidak harus dilihat berdiri secara sendiri. Ia berkait juga dengan fiqh muwazanat. Kefahaman tentang perimbangan, iaitu membandingkan keutamaan antara perkara yang sama-sama mendatangkan maslahah. Membandingkan keutamaan antara yang sama-sama membawa kerosakan (mafsadah). Lebih-lebih lagi membandingkan antara yang maslahah dengan yang merosakkan.
Perbandingan sesama maslahah ada tiga peringkat:
Dharuriyyat- Amat mustahak, tanpanya tidak dapat hidup
Hajiyyat- Boleh hidup tanpanya tetapi hidup menjadi sukar
Kamaliyyat- Sekadar menambah seri kehidupan.
Dharuriyyat terdapat pada pemeliharaan agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Sebahagian orang menambah satu lagi iaitu soal maruah diri.
Kepada semua hendaklah mengutamakan:
Maslahah meyakinkan berbanding yang kurang meyakinkan.
Mengutamakan maslah besar berbanding maslahah kecil.
Mengutamakan maslahah kolektif berbanding maslahah individual.
Mengutamakan maslahah majoriti berbanding maslahah minoriti.
Didahulukan maslahah berterusan berbanding dengan maslahah tak berterusan.
Didahulukan isi lebih daripada bentuk.
Sama juga halnya dengan perbandingan antara mafsadah.
Ia juga melibatkan mafsadah yang melibatkan terganggunya pemeliharaan agama, jiwa, nasab keturunan, akal dan harta malah maruah diri. Atau juga berkait dengan hajiyyat dan tahsiniyyat.
Bagi memahami perbandingan maslahah dan mafsadah maka diberikan kaedah berikut:
Menolak mafsadah diutamakan daripada menarik maslahah. Contohnya, diumpamakan makan gula itu sedap tetapi menambahkan penyakit kencing manis maka ditolak makan gula, jika mudarat kepada penyakit kencing manis. Samalah halnya, jika pelancongan membawa wang dari luar, tetapi kerosakan moral daripadanya nyata. Haruslah difikirkan agar ada jenis pelancongan yang tidak membawa bersamanya mudarat. Tetapi kalau mudarat hanya kecil, maslahahnya lebih besar, lalu mafsadah yang kecil itu boleh dimaafkan. Atau juga mafsadah itu hanya sementara tetapi maslahahnya berkekalan maka sudah tentu utamakan maslahah itu.[5] Tidak perlu mengambil kira mafsadah yang belum tentu timbul berbanding dengan maslahah yang pasti ada.
Apa yang dimaksudkan dengan maslahah di sini yang diambil kira adalah sama ada berbentuk maslahah duniawi atau ukhrawi atau kedua-duanya sekali. Demikian juga mafsadah. Ini dapat difahami melalui syariah atau akal rasional atau kedua-dua sekali.
Bagi seorang doktor perubatan, mereka berfikir samalah kita berfikir tentang maslahah dan mafsadah. Di antara dua penyakit yang menimpa seseorang, tentulah dirawat terlebih dahulu penyakit yang lebih bahaya. Dibiarkan dulu penyakit yang kurang bahaya. Utamakan antara dua perkara yang membawa kesihatan kepada si pesakit. Hanya doktor akan ragu-ragu menghadapi dua kemungkinan bahaya dan manfaat yang sama. Di situ timbul istilah ijtihad. Apabila para pakar memutuskan, jika betul mereka dapat dua pahala dan jika salah, masih mendapat satu pahala.
Secara mudah, dalam pentadbiran awam juga kita perlu mendapat pandangan pakar.
Fiqh Awlawiyyat dan Fiqh Maqasid
Bersama dengan awlawiyyat harus juga difahami akan maqasid, yakni tujuan sesuatu itu dilakukan, apa matlamatnya? Contoh, kenapa kita bersembahyang, jawab al-Qur`an “Menghalang daripada fahsya` dan munkar” [6] Kenapa wajib berzakat?, jawab al-Qur`an: “Menyuci dan membersihkan mereka dengan harta itu”[7] dan seterusnya tentang puasa dan haji.
Utama Kualiti Daripada Kuantiti
Kejayaan bukan hanya diukur pada bilangan yang banyak atau sedikit, malah usia manusia pun lebih dilihat kepada sumbangan masing-masing dalam hidup ini. Lalu orang Islam silap faham tentang hadis nabi yang menyeru anak ramai. Lalu mereka berusaha mendapat anak yang ramai. Tetapi mereka lupa yang dibangga oleh nabi bukan anak yang menjadi penjenayah dan penyangak. Nabi sukakan anak-anak soleh, bukannya yang jahil dan fasik.
Isu kualiti banyak dibincang dalam al-Quran. Kemenangan tentera Talut mengalahkan tentera Jalut ( al-Baqarah: 249-251), kemenangan tentera Nabi S.A.W. dalam peperangan Badar (Ali Imran: 123) dan lain-lain lagi. Namun satu kesimpulan boleh diambil apabila unsur iman dan kemahuan ada segala perkara akan menjadi. Bacalah hadis, nabi berasa bimbang dengan ramai umatnya pada akhir zaman tetapi bilangan yang diumpamakan seperti buih.
Kakitangan kerajaan tidak akan dinilai menurut besar-kecil fizikal atau warna baju mereka, tetapi kualiti kerja yang ditunjukkan. Kualiti kerja cemerlang itu diistilahkan oleh Islam sebagai “ihsan”. Ihsan si penyembelih apabila pisaunya tajam, sampai ayam tidak sempat berasa sakit. Cemerlang seorang guru apabila ramai pelajar cemerlang akademik dan hebat sahsiah diri mereka yang dididik.
Pada zaman ini kita bukan lagi bersaing antara yang gagal dengan yang lulus. Persaingan sampai ke tahap siapa dapat 16A dan 18A. Bersaing bukan untuk masuk ke universiti, tetapi bidang apa yang diterima masuk; perubatan, agama, kejuruteraan atau apa?
Orang tidak perlu berbangga dengan usia yang panjang tetapi tidak dapat memberi sumbangan yang jelas. Menjadi kebanggaan adalah usia Imam Nawawi 40 tahun, Umar Ibn Abdul Aziz 36 tahun, al-Ghazali 55 tahun namun meninggalkan bekas dan pengaruhnya kepada sejarah insan sejagat. Apalah ertinya usia 80 dan 90 tahun yang nantinya anak cucu pun tidak bersedia untuk memeliharanya, akhirnya dihantar oleh anak ke pusat jagaan orang tua. Kita memohon keberkatan dari umur yang panjang.
Kesimpulan
Rasulullah s.a.w. hanya dalam masa 23 tahun dapat menyebarkan Islam ke ceruk dunia sehingga kekal kesannya sehingga15 abad. Abu Bakar menjadi khalifah hanya 2 ½ tahun sahaja tetapi masih dikenang hingga hari ini. Kita juga jika dapat memahami fiqh awlawiyyat dapat berfungsi dengan baik, jika tidak terkenal ke seluruh Terengganu, sekurang-kurangnya persaraan kita nanti dirasakan kehilangan kerana keberkesanan kita di situ.
Sayang juga mereka yang mati awal sebelum nyawanya hilang. Mati dalam maksud tidak berbuat apa-apa hanya sekadar menunggu saat kematian sebenar. Mereka menghabiskan masa di kedai kopi berjam-jam lamanya selepas sembahyang subuh, justeru hilang makna fiqh awlawiyyat. Tetapi Haji Abdul Rahman Limbong masih hidup di tengah-tengah kita, Tok Pulau Manis, masih dalam ingatan kita dan Sultan Zainal Abidin namanya masih diingati kerana jasa dan amal mulia yang mereka lakukan. Itulah namanya mereka yang tahu apa itu fiqh Awlawiyyat.
[i] Dibentangkan di Seminar Sehari Fiqh Aulawiyyat, anjuran YADIM Zon Timur pada 26 Mac 2007.
[2] Dr. Yusuf al-Qaradhawi,Fi Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasah jadidah fi Daw` al-Qur`an wa al-Sunnah, Maktabah Wahbah, cetakan 2, 1996, h. 9.
[3] Ibid.,h.14-15.
[4] Perangkaan pihak PDRM.
[5] Al-Qaradhawi,op.cit.,h.30
[6] Al-Qur`an, al-Ankabut:45
[7] Al-Qur`an, al-Taubah: 103

No comments:
Post a Comment