
Pada 30 Januari 2008 (Rabu), Prof Madya Mohamad Kamil dijemput sebagai pembentang kertas kerja dalam Ijtima' Da'ie Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan. Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia bertempat di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada pukul 10.00 - 11.00 pagi.
Buku menarik untuk download!
Hari ini dalam Hijrah
Monday, January 28, 2008
Jemputan sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan
Thursday, January 17, 2008
Berdakwah Melalui Media
Ustaz Kamil telah melangkah jauh dalam menggunakan pendekatan dakwah melalui teknologi masa kini. Dakwah melalui internet telah dilancarkan melalui kamilmajid.blogspot.com dan www.mindamuslim.com, beliau juga pernah terlibat dengan pendokumentasian beberapa siri vcd mengenai amal ibadah umat Islam, terlibat secara langsung dalam beberapa program bual bicara di televisyen-televisyen tempatan dan terbaru, beliau akan ke udara melalui rancangan radio dan terlibat menjadi kolumnis di sebuah akhbar tempatan terkemuka.
Pada hari Khamis, 17 Januari 2008, Ustaz Kamil telah ke udara melalui rancangan Bisikan Nurani Bersama Adika di Stesyen Radio Wanita.fm pada pukul 9.00 – 10.00 malam. Bual bicara tersebut adalah sebagai santapan rohani buat para pendengar, Ia disiarkan di frekuensi 88.1 fm.
Ustaz Kamil juga mendapat tawaran untuk menjadi kolumnis dalam ruangan Bicara Agama di Mingguan
Friday, December 28, 2007
Projek Penerbitan, Siri Biografi Ulamak Malaysia dan Biografi Tokoh-tokoh Dakwah
Ustaz Kamil telah mendapat kepercayaan daripada pihak penerbit Dar Bar Yazi dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menyiapkan projek penulisan buku mengenai ulama-ulama terkemuka di Malaysia serta tokoh-tokoh dakwah dari dunia Islam. Penulisan buku-buku tersebut adalah berkisar tentang biogrofi tokoh-tokoh Islam. Projek ini dinamakan Projek Penerbitan, Siri Biografi Ulamak Malaysia dan Biografi Tokoh-tokoh Dakwah. Penulisan dan Ustaz Kamil sendiri bertindak sebagai Ketua Projek dengan disertai oleh kira-kira 19 orang penulis yang terdiri daripada para pensyarah, pelajar dan ahli akademik. Sebanyak 22 buah buku tentang ulama dan tokoh-tokoh Islam terpilih akan disiapkan menjelang Mac 2008. Tajuk-tajuk buku yang akan diterbitkan melalui projek ini adalah seperti berikut:
BIOGRAFI ULAMA MALAYSIA
BIOGRAFI DATO’ AHMAD MAHER BIN ISMAIL / BIOGRAFI DATO’ HAJI MUHAMMAD NUR BIN IBRAHIM / BIOGRAFI DATO’ HAJI ISMAIL BIN YUSUF / BIOGRAFI SYEIKH IDRIS BIN ABDUL RAUF AL-MARBAWI / BIOGRAFI HAJI ABBAS TERENGGANU / BIOGRAFI TUAN HUSSIN KEDAH / BIOGRAFI USTAZ ZULKIFLI MUHAMMAD / BIOGRAFI YUSUF ZAKY YAAKUB / BIOGRAFI ISMAIL UMAR ABDUL AZIZ / BIOGRAFI TAN SRI ABDUL JALIL HASAN
BIOGRAFI TOKOH-TOKOH DAKWAH
MUS’AB BIN UMAIR / IBNU TAIMIYAH / MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB / JAMALUDDIN BIN AL-AFGHANI / SYED QUTUB / HASAN AL-BANNA / MUHAMMAD IQBAL / RASHID RIDHA / MUHAMMAD ABDUH / ABU A’LA AL-MAUDUDI / YUSUF AL-QARADHAWI / ABU HASAN ALI AL-NADWI
Penulisan mengenai biografi ini begitu penting penting sebagai satu usaha untuk menyedarkan masyarakat Islam terutamanya tentang jasa-jasa para ulama yang telah memberi sumbangan yang begitu berharga dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat. Mereka bukan sekadar menyebarkan dan berkongsi ilmu yang ada pada diri mereka bahkan lebih besar daripada itu mereka membawa pembaharuan pada pemikiran dan pembangunan umat Islam kepada yang lebih baik sama ada di dalam negara sehingga ke seantero dunia.
Sama-sama kita doakan agar usaha murni ini berjaya mencapai matlamatnya dan menjadi satu amal soleh dan memberi sumbangan berguna demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Tuesday, November 6, 2007
Penyelidikan di Mesir
Pada 20/10/2007 hingga 1/11/2007 Ustaz Kamil bersama Prof. Dr Ab Aziz Mohd Zin, pensyarah Universiti Malaya, berada di Mesir untuk menjalankan penyelidikan bertajuk Islam Antara Liberalisme dan Konservatisme di Malaysia. Misi di Mesir ini bertujuan untuk menemuramah beberapa orang tokoh liberal dan beberapa orang ulamak Mesir untuk mendapatkan pandangan tentang gejala pemikiran Islam liberal yang telah menular di seluruh pelusuk dunia Islam pada masa kini.
Hasil temuramah dengan beberapa orang tokoh liberal di Mesir seperti Hassan Hanafi(Pensyarah Universiti Kaherah), Prof. Dr Hamed Tahir (TNC Universiti Kaherah). Ustaz juga turut menemuramah beberrapa orang tokoh terkenal seperti Jamal al-Banna (penulis/pemikir ), Dr Arafah (Dekan Kuliyah Banat, Alexandaria), Dr Muhammad 'Imarah (pemikir Islam terkenal) dan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir (TYT Duta Besar Malaysia di Kaherah) sendiri untuk mendapatkan pandangan tentang gejala Islam Liberal ini.
Kajian tentang Islam Liberal ini akan dikumpulkan dan dianalisis dengan dapatan kajian daripada negara-negara lain seperti
Wednesday, August 8, 2007
Aktiviti Semasa

Ustaz Kamil telah menyampaikan satu ceramah bertajuk Ibadat Seringkali Dilupakan Kerana Asyik Bekerja di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2007 yang lepas di hadapan kira-kira 70 orang staff jabatan tersebut. Antara isi ceramahnya, ustaz mengingatkan agar umat Islam tidak mengabaikan ibadat terutamanya solat kerana solat merupakan tiang agama.
Pada hari yang sama Ustaz juga telah menyampaikan khutbah bertajuk Masa di Masjid Akademi Pengajian Islam, UM. Menurut Ustaz, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menggunakan masa dengan sebaiknya. Kehidupan kita jika hendak dibandingkan umur dunia yang berjuta tahun hanyalah ibarat sekelip mata sahaja. Bak kata orang tua, kehidupan kita terlalu pendek, dimulakan hidup ini dengan azan dan iqamah, diakhiri dengan solat ketika kita mati. Alangkah singkatnya kehidupan kita... Read more...
Thursday, August 2, 2007
Aktiviti akan datang
Ustaz Kamil akan menyampaikan kertas kerja bertajuk Pemikiran al-Ghazali dalam Bidang Fiqh Usul Fiqh - Keseimbangan dan Pembaharuan di Seminar Tokoh Tajdid al-Ghazali: Tokoh Mujaddid Agung pada 11 Ogos 2007 bertempat di Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA. Read more...
Aktiviti Lepas
Rumusannya, Ustaz Kamil berpendapat kerjaya guru sebagai kerjaya yang mulia (mewarisi peranan Nabi) dan guru-guru terutamanya guru agama perlu mempelbagaikan pendekatan yang lebih kreatif dalam mengajar subjek keagamaan terutamanya yang berkaitan akidah.
Sunday, June 24, 2007
Aktiviti Semasa
25hb Jun 2007
Mohamad Kamil Ab Majid menghadiri mesyuarat JAKIM mengenai Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) di bandar Kuching, Sarawak mewakili pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya .
27hb Jun 2007
Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid ke Kemunting Perak bagi memberikan Tafaquf fi al-Din bersama tahanan ISA di Taiping. Anjuran Bahagian Dakwah JAKIM .
28hb Jun 2007
Prof Madya Mohamad Kamil akan memeberikan ceramah Islam Hadhari kepada pemimpin masyarakat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bertempat di Majlis Bandaran Alor Setar, Kedah.
Read more...
Sunday, June 17, 2007
Ceramah Fiqh Awlawiyat
Memberikan ceramah pelaksanaan dan amalan mengikut Fiqh Awlawiyat di City Villa Hotel anjuran YADIM pada 15 Jun 2007. Read more...
Friday, June 15, 2007
Penyelidikan OKU
9 hb Jun 07 bertolak ke Alor Star utk mkaji plaksanaan dakwah kpd OKU di Kedah.Turut sama Puan Norodzah dan Ju. Kemudian ke Perlis dan Langkawi bagi tujuan yg sama.Pada 13hb Jun 07 pula ke Pulau Pinang mneruskn kajian .Keesokanya, sampai ke Kuala Lumpur pada 14 hb Jun 2007. Read more...





