Sabtu, 28 Julai 2007 - Prof. Madya Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid telah menyampaikan ceramah bertajuk Jatidiri Guru di hadapan guru-guru sekolah agama sekitar Negeri Sembilan bertempat di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan. Ceramah selama kira-kira sejam itu telah menarik minat beberapa orang guru untuk bertanya beberapa soalan 'panas' tentang kerjaya keguruan seperti kaedah mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar dan sebagainya.
Rumusannya, Ustaz Kamil berpendapat kerjaya guru sebagai kerjaya yang mulia (mewarisi peranan Nabi) dan guru-guru terutamanya guru agama perlu mempelbagaikan pendekatan yang lebih kreatif dalam mengajar subjek keagamaan terutamanya yang berkaitan akidah.

No comments:
Post a Comment