Ustaz Kamil telah menyampaikan satu ceramah bertajuk Ibadat Seringkali Dilupakan Kerana Asyik Bekerja di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2007 yang lepas di hadapan kira-kira 70 orang staff jabatan tersebut. Antara isi ceramahnya, ustaz mengingatkan agar umat Islam tidak mengabaikan ibadat terutamanya solat kerana solat merupakan tiang agama.
Pada hari yang sama Ustaz juga telah menyampaikan khutbah bertajuk Masa di Masjid Akademi Pengajian Islam, UM. Menurut Ustaz, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menggunakan masa dengan sebaiknya. Kehidupan kita jika hendak dibandingkan umur dunia yang berjuta tahun hanyalah ibarat sekelip mata sahaja. Bak kata orang tua, kehidupan kita terlalu pendek, dimulakan hidup ini dengan azan dan iqamah, diakhiri dengan solat ketika kita mati. Alangkah singkatnya kehidupan kita...
No comments:
Post a Comment