Hari ini dalam Hijrah

Friday, December 28, 2007

Projek Penerbitan, Siri Biografi Ulamak Malaysia dan Biografi Tokoh-tokoh Dakwah

Ustaz Kamil telah mendapat kepercayaan daripada pihak penerbit Dar Bar Yazi dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menyiapkan projek penulisan buku mengenai ulama-ulama terkemuka di Malaysia serta tokoh-tokoh dakwah dari dunia Islam. Penulisan buku-buku tersebut adalah berkisar tentang biogrofi tokoh-tokoh Islam. Projek ini dinamakan Projek Penerbitan, Siri Biografi Ulamak Malaysia dan Biografi Tokoh-tokoh Dakwah. Penulisan dan Ustaz Kamil sendiri bertindak sebagai Ketua Projek dengan disertai oleh kira-kira 19 orang penulis yang terdiri daripada para pensyarah, pelajar dan ahli akademik. Sebanyak 22 buah buku tentang ulama dan tokoh-tokoh Islam terpilih akan disiapkan menjelang Mac 2008. Tajuk-tajuk buku yang akan diterbitkan melalui projek ini adalah seperti berikut:

BIOGRAFI ULAMA MALAYSIA

BIOGRAFI DATO’ AHMAD MAHER BIN ISMAIL / BIOGRAFI DATO’ HAJI MUHAMMAD NUR BIN IBRAHIM / BIOGRAFI DATO’ HAJI ISMAIL BIN YUSUF / BIOGRAFI SYEIKH IDRIS BIN ABDUL RAUF AL-MARBAWI / BIOGRAFI HAJI ABBAS TERENGGANU / BIOGRAFI TUAN HUSSIN KEDAH / BIOGRAFI USTAZ ZULKIFLI MUHAMMAD / BIOGRAFI YUSUF ZAKY YAAKUB / BIOGRAFI ISMAIL UMAR ABDUL AZIZ / BIOGRAFI TAN SRI ABDUL JALIL HASAN

BIOGRAFI TOKOH-TOKOH DAKWAH

MUS’AB BIN UMAIR / IBNU TAIMIYAH / MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB / JAMALUDDIN BIN AL-AFGHANI / SYED QUTUB / HASAN AL-BANNA / MUHAMMAD IQBAL / RASHID RIDHA / MUHAMMAD ABDUH / ABU A’LA AL-MAUDUDI / YUSUF AL-QARADHAWI / ABU HASAN ALI AL-NADWI

Penulisan mengenai biografi ini begitu penting penting sebagai satu usaha untuk menyedarkan masyarakat Islam terutamanya tentang jasa-jasa para ulama yang telah memberi sumbangan yang begitu berharga dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat. Mereka bukan sekadar menyebarkan dan berkongsi ilmu yang ada pada diri mereka bahkan lebih besar daripada itu mereka membawa pembaharuan pada pemikiran dan pembangunan umat Islam kepada yang lebih baik sama ada di dalam negara sehingga ke seantero dunia.

Sama-sama kita doakan agar usaha murni ini berjaya mencapai matlamatnya dan menjadi satu amal soleh dan memberi sumbangan berguna demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Read more...

Tuesday, November 27, 2007

Laporan Penyelidikan Projek Liberalisme dan Konservatisme

Temuramah bersama TYT Duta Besar Malaysia di Mesir
Temuramah Bersama Hamid Tahir (Pemikir Liberal)


Laporan Kajian “Islam Antara Liberalisme dan Konservatisme di Malaysia” di Mesir

Penyelidik: Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid

Prof. Dr Ab Aziz Mohd Zin

1. Istilah

Istilah liberalisme dipertikaikan untuk digunakan dalam tajuk kajian ini. Justeru, istilah ini timbul di Barat dengan latar belakang yang ada di Barat. Ini ditimbulkan oleh Jamal al-Banna, Hamid Tahir daripada kalangan liberalis mahupun al-Jalayand, Muhammad Imarah dan Mansur Arafah dari kalangan Islamis. Jadi , persoalan pemakaian istilah perlu diperhalusi dan diperjelaskan.

2. Tokoh-tokoh Liberalis Timur Tengah

Semua mengakui ada liberalis di kalangan pemikir-pemikir di Timur Tengah. Walau bagaimanapun Hassan al-Masyat melihat liberal tidak bertentangan dengan Islam, ekoran ada perbezaan di antara liberal dengan sekular. Pemikiran liberal katanya, wujud pada tokoh-tokoh Islam seperti Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, al-Qaradhawi, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Imarah, Muhammad Salim al-A’wa malah Mufti Mesir sendiri, Ali Jum`ah. Liberal bermaksud berfikiran bebas. Liberalisme Barat pula bebas tanpa batas.

Kenyataan ini disokong oleh Hamid Tahir tetapi menamakan tokoh di atas sebagai pemikir tajdid terhadap tokoh-tokoh seperti Muhammad al-Ghazali. , Khalid Muhammad Khalid, Muhammad al-Bahi, Muhammad Abdullah Daraz. Itulah tokoh-tokoh al-Azhar tetapi mereka itu termasuk al-Qaradhawi kata Hamid, skop tajdid mereka juz’i, mahdud dan terbatas.

Sambung Hamid Tahir, tokoh liberal sebenar di Mesir adalah seperti Hasan Hanafi, Atif al-iraqi, Nasr Abu Zaid ditambah pula dengan nama Muhammad Amin al-Alim dan Ali al-Harb. Menurut Muhammad Imarah pula, Hasan Hanafi bukan setakat tokoh liberalis tetapi zindiq atau mulhid dengan memetik ungkapan-ungkapan contoh daripada tulisan Hasan Hanafi sendiri. Malah, Muhammad Imarah menceritakan apa yang berlaku terhadap Hasan Hanafi iaitu dia pernah masuk Kristian ketika belajar di Perancis. Samalah dengan Nasr Abu Zaid yang dihukum murtad oleh Abdul Sabur Shahin bersama isteri beliau di Belanda ( dalam buangan ).

3. Pemikiran Liberal di Timur Tengah

Menurut Jamal al-Banna, beliau tidak berpegang pada manhajiyah mana-mana, tetapi berpegang kepada marja`iyah al-Quran dan as-Sunnah yang tidak bercanggah dengan al-Quran. Subhi Mansur pula menulis buku berjudul al-Quran wa Kafa. Ertinya, Jamal al-Banna berpegang kepada al-manhaj al-hurr (metodologi bebas). Baginya, Nabi hanyalah membawa unsur kepimpinan.

Pada hemat Jamal al-Banna, pemikiran Islam hari ini dikuasai oleh aliran Salaf (Ibn Taimiyah, al-Sar Khasi). Para ulamak Salaf mereka memang agung tetapi mereka bukan malaikat. Jarak di antara kita dengan mereka sudah 1000 tahun lamanya, apakah kita patut bertaklid begitu sahaja?

Jamal al-Banna menuding puak konservatif berada di al-Azhar. Mereka mempelajari Islam di luar zaman. Apakah perlu diterima semuanya tafsiran daripada zaman Ibnu Abbas hinggalah kepada Said Qutb.

Secara sinis, Jamal al-Banna mengatakan al-Azhar sudah merosakkan pemikiran anda. Begitu juga Wahabi yang membincangkan tidak lebih daripada isu hijab dan janggut. Sedangkan yang utama; akidah, syariat dan akhlak. Hamid Tahir mengutarakan kecaman terhadap al-Azhar dan Wahabi yang lebih mengutamakan perkara remeh seperti di atas

Hasan al-Masyat mengajak agar mengutamakan dialog, kebebasan memilih dan memuliakan peribadi manusia, itulah liberalisme. Tetapi beliau menolak liberalisme Barat sepenuhnya. Katanya, umat islam perlu dipertahankan keislaman mereka. Menurutnya lagi, ketika orang lain berubah seperti keretapi laju sebagaimana yang ada di Malaysia, orang Arab Mesir sukar berubah, umpama keretapi buruk. Malaysia menunjukkan contoh yang baik dengan; boleh menerima orang lain, berdialog dan bertoleransi, sesuai dengan la ikraha fi al-din.

4. Faktor Kemunculan

Taha Jabir al-Ulwani mempersalahkan golongan Islam yang tidak dapat mengemukakan program yang praktis. Ajaran Islam hanyalah ada pada dhamir, bukannya pada realiti. Realiti lebih baik di Amerika dan Eropah berbanding dengan negara umat Islam. Lihat apa yang berlaku di Pakistan, Sudan, Algeria dan Afghanistan. Malah negara Arab yang kaya pun tidak membayar zakat kepada negara Islam yang miskin.

Saad Mansur Arafah mempertikaikan konservatisme seperti Wahabi yang mengambil pendekatan keras (tasyaddud). Sebaliknya beliau menganggap al-Azhar membawa aliran moderate atau wasataiah. Pandangan ini sama seperti yang disuarakan oleh Duta Besar Malaysia, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir. Beliau menyatakan al-Azhar mewakili wajah sederhana, Mu`adil dan tawassut.

Al-Jalayand menyatakan liberalism berlaku kerana mendapat pengaruh ahli sosiologi Barat dengan pragmatisme Amerika. Dalam masa yang sama, Pengajian Islam pula mundur dengan kurikulum yang membincangkan isu-isu usuluddin yang tidak relevan lagi sebagai contohnya. Sepatutnya isu-isu af`alu Allah atau af`alu al-‘ibad dibincangkan dalam bentuk kerangka baru seperti hak asasi manusia, hak-hak wanita, fiqh minoriti muslim di negara bukan Islam, interaksi orang-orang Islam dengan bukan Islam dan seumpamanya.

Pandangan ini dikongsi sama oleh al-‘Ulwani yang ingin supaya diperbetulkan pendidkan agama. Malah al-Jalayand ingin memasukkan pengajian sains sebagai sebahagian daripada pengajian Islam sebenarnya.

5. Penyelesaian Masalah

Muhammad Imarah menyarankan supaya diterjemahkan buku-buku jawapan terhadap liberalisme ke dalam bahasa Malaysia. Begitu juga al-Jalayand.

Kumpulan liberalis kata Muhammad Imarah, mereka mendapat dana daripada Barat. Suara mereka tidak ada yang ingin mendengarnya di Mesir, sebab itu mereka menyebarkannya ke Asia Tenggara. Arafah menyetujui mereka ini tidak ada pengaruh. Mereka boleh diibaratkan seperti satu atau dua biji epal yang busuk dalam kotak besar yang menyebabkan kotak epal berbau busuk.

6. Dapatan Kajian:

1) Kebanyakan responden berpendapat pemakaian istilah liberal patut diperhalusi semula. Ia produk Barat yang asalnya tidak ada dalam istilah Islam.

2) Golongan liberalis meletakkan kesalahan pada golongan konservatif yang gagal mengemukakan Islam dalam wajah semasa. Islam dikemukakan oleh mereka dalam bentuk sejarah.

3) Puak liberalis menuduh al-Azhar dan Wahabi mewakili kumpulan jumud.

4) Golongan al-Azhar mengkafirkan Nasr Abu Zaid, Hasan Hanafi, malah menuduh mereka atheis. Pihak al-Azhar mengatakan mereka sebenarnya mewakili dan mempertahankan wasatiah. Sebaliknya, tokoh-tokoh liberalis adalah tali barut Barat dan mendapat dana dengan mencetak buku-buku bagi tujuan menyebarkan idea mereka.

5) Penyebaran kefahaman yang betul perlu di Malaysia melalui terjemahan buku-buku Muhammad Imarah yang sudah diberi izin untuk diterjemahkan.

6) Pemikir liberalis di Mesir menolak pendekatan wahabi dan al-Azhar secara umum. Mereka berpendapat boleh menerima aliran tajdid al-Azhar seperti al-Qaradhawi, Muhammad al-Ghazali, Abdullah Darras dan Muhammad Khalid tetapi tajdid mereka masih terbatas.

7) Dialog pemikiran rancak di Mesir. Ini menolak anggapan liberalis yang mengatakan berlakunya “keganasan pemikiran “ terhadap mereka. Pada anggapan golongan Islam, kalau berlaku keganasan pemikiran mana mungkin buku-buku mereka disebar secara terang-terangan seperti yang dilakukan oleh Maktabah Makbuli, jawapan pula dilakukan oleh Darul Syuruq.


Read more...

Tuesday, November 6, 2007

Penyelidikan di Mesir





Pada 20/10/2007 hingga 1/11/2007 Ustaz Kamil bersama Prof. Dr Ab Aziz Mohd Zin, pensyarah Universiti Malaya, berada di Mesir untuk menjalankan penyelidikan bertajuk Islam Antara Liberalisme dan Konservatisme di Malaysia. Misi di Mesir ini bertujuan untuk menemuramah beberapa orang tokoh liberal dan beberapa orang ulamak Mesir untuk mendapatkan pandangan tentang gejala pemikiran Islam liberal yang telah menular di seluruh pelusuk dunia Islam pada masa kini.


Hasil temuramah dengan beberapa orang tokoh liberal di Mesir seperti Hassan Hanafi(Pensyarah Universiti Kaherah), Prof. Dr Hamed Tahir (TNC Universiti Kaherah). Ustaz juga turut menemuramah beberrapa orang tokoh terkenal seperti Jamal al-Banna (penulis/pemikir ), Dr Arafah (Dekan Kuliyah Banat, Alexandaria), Dr Muhammad 'Imarah (pemikir Islam terkenal) dan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir (TYT Duta Besar Malaysia di Kaherah) sendiri untuk mendapatkan pandangan tentang gejala Islam Liberal ini.

Kajian tentang Islam Liberal ini akan dikumpulkan dan dianalisis dengan dapatan kajian daripada negara-negara lain seperti Indonesia dan Malaysia sendiri. Penyelidikan ini penting bagi merangka satu bentuk pemikiran sederhana (wasatiya) yang dapat mendasari pemikiran umat Islam supaya tidak terlalu bebas (liberal) atau tertutup (konsrevatif).

Read more...

Tuesday, October 23, 2007

Rancangan menarik untuk kanak-kanak

Animasi ini menceritakan tentang perjuangan pahlawan Islam iaitu Sallahudin Al-Ayubi yang berusaha keras untuk menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib. Misi yang dilalui oleh beliau sangat sukar dan Sallahudin dengan penuh bijaksana menyusun strategi yang mantap untuk menawan kota tersebut. Kisah animasi ini memaparkan keagungan Islam di zaman silam yang mampu membangkitkan semangat generasi muda kita untuk berjuang memartabatkan maruah Islam pada masa kini sampai bila-bila.

Selain itu, terdapat juga animasi-animasi yang nampak ringkas tetapi mengandungi unsur-unsur dakwah yang dapat menyedarkan umat Islam terutamanya golongan kanak-kanak tentang sejarah telaga zam-zam. Dengan menggunakan kaedah personifikasi (telaga atau tumbuh-tumbuhan) sebagai pelakon, animasi sebegini dapat menarik lagi minat kanak-kanak untuk menonton rancangan animasi berunsurkan Islam.

Rancangan berikutnya bukanlah bercirikan animasi tetapi lebih kepada video klip berunsurkan pendidikan Islam. Kaedah pengajaran mengenal huruf arab yang disampaikan secara berlagu dengan alunan nasyid dan persembahan yang menghiburkan. Kanak-kanak sememangnya mudah menghafal melalui nyanyian, justeru usaha menampilkan pengajaran 'alif, ba, ta' secara alunan lagu dan video klip menarik adalah satu bentuk sumbangan menyebarkan syiar Islam yang berguna kepada umat. Read more...

Filem Kiamat Sudah Dekat



Filem ini mengandungi banyak unsur dakwah yang disampaikan secara bersahaja tetapi memberi kesan yang mendalam kepada para penonton. Filem yang mengisahkan tentang seorang pemuda rockers bernama Fandi yang jatuh cinta dengan Sarah, seorang anak Tok Imam (Haji Romli). Usaha Fandi untuk memikat hati Sarah bukanlah mudah. Pelbagai cabaran yang dihadapinya untuk menawan gadis tersebut. Fandi terpaksa berdepan dengan Tok Imam tersebut sebelum dapat memikat hati Sarah yang sudah ketiadaan ibu. Usaha Fandi nampak mustahil kerana dia tidak mempunyai asas langsung dalam ilmu agama walaupun dilahirkan sebagai seorang Islam.

Dia tidak pandai bersolat, tidak tahu membaca al-Quran sehingga apabila ditanya tentang khitan pun dia tidak mengerti maksudnya. Tok Imam meletakkan syarat kepada kepada Fandi, jika dia mahu menjadikan Sarah sebagai isteri, dia perlu pandai membaca al-Quran dan pandai bersembahyang dalam masa dua minggu. Fandi begitu bersungguh-sungguh dalam usahanya itu. Mujurlah, seorang kanak-kanak bernama Samprol, jiran kepada Haji Romli tampil membantu Fandi sehingga dia berjaya menguasai ilmu membaca al-Quran dan bersembahyang.

Ujian paling getir yang dihadapi oleh Fandi ialah apabila Haji Romli meletakkan syarat kepada Fandi supaya menguasai ilmu ikhlas sebelum dapat memperisterikan Sarah. Dalam masa yang sama, Haji Romli telah pun memilih untuk bermenantukan seorang anak kepada rakannya yang belajar dalam bidang agama di Mesir walaupun Fandi sudah pandai bersembahyang dan membaca al-Quran. Ketika ini Sarah juga sudah mula menaruh hati kepada Fandi. Kerana patuh dengan orang tua, Sarah pasrah dengan keputusan bapanya itu tetapi meletakkan syarat supaya sesiapa pun yang bakal menjadi suaminya perlu menguasai ilmu ikhlas bukan hanya Fandi sahaja. Akhirnya, dengan segala susah payah walaupun kecewa dengan keputusan tersebut Fandi tetap reda dengan qada dan qadar Tuhan.

Fandi bertemu muka dengan Haji Romli dan menyatakan kesyukurannya dipertemukan dengan Sarah dan Haji Romli. Walaupun dia tidak dapat memiliki Sarah tetapi kerana Sarah dia berjaya menguasai ilmu asas agama, kerana Sarah juga lah keluarga dan rakan-rakan Fandi menemukan cahaya Islam dan mula mempraktikkan agama dalam kehidupan seharian. Fandi menyatakan bahawa dia akan rasa berbahagia jika melihat Sarah berbahagia. Melihatkan Fandi yang begitu ikhlas walaupun niat asalnya untuk memiliki Sarah tidak kesampaian, Haji Romli terus berubah fikiran dan bersetuju menjadikan Fandi sebagai bakal menantunya. Filem berunsurkan dakwah ini perlu diperbanyakkan lagi pada masa kini masa-masa akan datang kerana ia berupaya menjadi medan dalam memperbaiki sahsiah umat. Apa pandangan anda tentang filem Kiamat Sudah Dekat ini?

Read more...

Kunjung Mengunjung Amalan Mulia

Alhamdulillah, kita semua baru sahaja sama-sama merayakan Aidil Fitri dalam suasana yang meriah dan mengembirakan, di samping puasa di bulan Ramadan kita lalui dengan jayanya, mudah-mudahan segala amal ibadah kita di sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah SWT dan kita mengharapkan untuk hidup kita berterusan dalam ketaatan dan keredhaan Allah SWT.

Kita sudah lebih seminggu berada dalam bulan Syawal yang mana masih lagi teras kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan budaya amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun yang jauh, termasuk menziarahi guru-guru, jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya.

Sebenarnya amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda yang berbunyi:

"عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ."

Maksudnya: “Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu wasilah atau cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama kita. Amalan ziarah memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Namun, yang mengecewakan serta amat mendukacitakan kita, di mana terdapat sebahagian di kalangan umat Islam atau sahabat-sahabat kita pada hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-musim perayaan atau sambutan-sambutan tertentu. Ini disebabkan fahaman dan amalan ziarah hanya bersifat bermusim atau menjadi tradisi yang diamalkan sempena sambutan perayaan sahaja seperti hari raya puasa yang sedang kita raikan ataupun hari raya haji semata-mata. Akibatnya amalan ziarah semakin hari semakin terhakis dan diabaikan dalam keluarga dan masyarakat kita dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugas harian dan sebagainya.

Islam telah menggariskan pelbagai panduan untuk menghubungkan silaturrahim sesama manusia, lebih-lebih lagi saudara seagama, supaya umat Islam menjadi umat yang kuat, umat yang berjaya, umat yang tidak hidup bersendirian atau dengan istilah “aku aku”, “engkau engkau”. Sebaliknya umat Islam itu bersaudara, saling kenal mengenal, bantu membantu antara satu dengan yang lain.

Kerana itu, pengertian silaturrahim dalam Islam amat luas serta amat mendalam. Contohnya, bila seseorang telah mengucap dua kalimah syahadah, maka terjalinlah ikatan persaudaraan Islam atau silaturrahim, tidak kira di mana mereka berada, apa bahasa mereka, apa warna kulit mereka dan sebagainya. Pendek kata semua orang Islam adalah bersaudara dan berada dalam akidah yang satu sepertimana Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”

Melalui amalan ziarah juga, hubungan sesama manusia menjadi erat dan bertambah ikrab. Ini disebabkan asal kejadian manusia dari keturunan yang satu iaitu dari keturunan nabi Allah Adam AS, dengan sebab itulah Islam mengajak manusia supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormat menghormati, saling bekerjasama dan faham memahami sepertimana Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”

Untuk itu, bagi sesetengah manusia yang hidup mereka tidak mematuhi syariat Islam, umpamanya mereka suka mencari kesalahan orang lain, atau suka mencaci, membuat fitnah, mencerca orang lain, bersifat hasad dengki, bersifat khianat, melakukan kezaliman dan sebagainya. Mereka ini boleh digolongkan sebagai orang yang menurut jalan syaitan, yang sentiasa berusaha merosakkan manusia untuk memutuskan hubungan silaturrahim serta mengajak hidup bermusuhan.

Hampir kesemua ibadah-ibadah dalam Islam dituntut dilakukan dalam bentuk berkumpulan atau berjama'ah, seperti kita digalakkan solat berjama'ah di masjid-masjid atau di surau-surau atau kewajipan sembahyang Jumaat setiap minggu. Ianya tidak lain bagi memberi galakan kepada umat Islam bertegur sapa atau bertukar-tukar pandangan. Begitu juga dengan ibadah haji contohnya merupakan ibadah yang mengajak kepada menghubungkan silaturrahim dengan saudara-saudara Islam di seluruh pelosok dunia, dilaksanakan tanpa membezakan antara orang kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, mereka sama-sama menunaikan ibadah haji dalam satu jamaah. Demikian juga, dengan ibadah zakat, ianya menghubungkan nilai persaudaraan di kalangan umat Islam dengan sifat tolong-menolong, bantu membantu, akhirnya lahirlah nilai kasih sayang antara yang kaya dengan yang miskin.

Akhirnya, mimbar Jumaat sekali menyeru tuan-tuan sidang jamaah sekalian, marilah sama-sama kita menghidupkan amalan ziarah menziarahi, mempereratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang sebagai umat Islam yang bersaudara, iaitu persaudaraan bukan sahaja di dunia ini bahkan persaudaran sampai ke akhirat. Insyaallah, mudah-mudahan Allah memberkati hidup kita, melapangkan segala kesulitan, membukakan pintu rahmat-nya, mengurniakan kita kehidupan yang damai dan tenteram.

Bererti: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepada-Nya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sempit-sesempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”

(Surah al-An’am ayat : 125)

Read more...

Wednesday, September 26, 2007

Mari mengaji al-Quran

Alangkah eloknya kalau bacaan al-Quran menjadi sumber hiburan kita. Ia mampu membuatkan jiwa kita tenang. Al-Quran sebagai kitab panduan bagi umat manusia sejagat diturunkan adalah sebagai sumber utama rujukan bagi manusia dalam menjalani kehidupan. Terdapat pelbagai kelebihan membaca al-Quran. Di sini dinyatakan beberapa maksud ayat al-Quran dan al-Hadis sebagai motivasi bagi kita semua supaya menjadikan tilawah al-Quran sebagai halwa lidah dalam kehidupan:

Firman Allah S.W.T:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

Sabda Rasulullah SAW:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Semoga dengan sedikit peringatan tentang kelebihan membaca al-Quran ini dapat memberikan kita motivasi dan semangat untuk membaca al-Quran. Jika tidak dengan membaca, cukuplah sekadar mendengar, ia juga dijanjikan kebaikan dan pahala untuk kita. Semoga mendapat manfaat...

Read more...

Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas

Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas

1. Soalan: Seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang
dari rongganya.

2. Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa
kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda
Rasullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan
keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezekiyang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.

3. Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati
seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?
Jawapan: Tidak sah niat tersebut.

4. Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau
perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya,
wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.

5. Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya?
Jawapan: Tidak boleh diqadhakan puasa kepada orang yang masih hidup.

6. Soalan: Apakah hukum bersahur?
Jawapan: Hukumnya sunat.

7. Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?
Jawapan: Sah puasa tapi di galakkan mempercepatkan berbuka bila tiba waktu
berbuka.

8. Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan
Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan
adalah berganda.

9. Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

10. Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?
Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

SOALAN LAZIM PUASA DENGAN JAWAPAN BERHURAIAN RINGKAS

Adakah niat untuk berpuasa itu perlu dilafazkan atau tidak. Saya
kebingungan ada yang barpendapat bahwa kalau orang itu bersahur
secara otomatik sudah merupakan niat tanpa perlu lafaz niat puasa?

Yang disyaratkan adalah niat. Apa niat itu? Niat adalah rencana yang tegas
untuk melakukan sesuatu. Nah kalau rencana sudah dianggap mantap dalam
hati, maka niat tidak perlu diucapkan. Tetapi ada orang yang sering merasa ragu
[pendapat dalam ilmu kejiwaan, ianya merupakan penyakit,yang disebut sebagai
neurosis] jika niatnya tidak diucapkan. Oleh sebab itu, dalam hal seperti ini, niat
ada baiknya dilafazkan, agar anda dapat betul-betul yakin terhadap apa yang
akan anda buat.

Dalam hal ini juga niat puasa, jika kita bangun untuk bersahur, tentu aktiviti itu
adalah faktor yang menggerak keinginan untuk puasa. Secara tak langsung ia
merupakan satu niat. Ertinya, secara tidak langsung, sahur itu merupakan salah
satu bentuk kita berniat mahu berpuasa. Jadi, sahur dapat dijadikan sebagai niat
untuk puasa.

Seseorang sedang berpuasa Ramadhan, tetapi di himpit pelbagai masalah
dan gangguan emosi sehingga benar-benar membuat perasaannya marah
sedemikian rupa dan terbawa sampai dirumah menjelang waktu magrib.
Setelah sedar Ia merasa puasanya seharian tidak berguna dan sudah
kehilangan pahala. Ia berbuka dan telah batallah puasanya. Bagaiamana
dengan hal ini ?.

Sayang orang tersebut membatalkan puasanya. Padahal, andaikata saja ia
menuruti saranan Rasulullah SAW untuk segera mengambil wudhu dan
beristighfar, tentu hal itu dapat meredakan amarahnya. Kalau kita marah-marah,
maka puasa kita tetap sah, hanya saja nilainya jadi berkurang. tetapi tetap jauh
lebih baik meneruskan berpuasa daripada membatalkannya.

Apakah kerana kita tak dapat khusyu' dalam solat lantas kita tak mahu solat?
Sedangkan solat itu wajib. Sebuah perintah untuk melaksanakan kewajiban itu
wajib dipenuhi, kalau sudah dipenuhi maka gugur sudah kewajiban itu, tetapi
soal diterima atau tidak, sempurna atau tidak, itu merupakan hak prerogatif Allah
SWT untuk menentukannya. Jadi, penuhi saja kewajiban itu semampu kita,
kemudian menyerahkannya pada Allah. Kerana orang tersebut sudah
membatalkan puasanya maka ia wajib menggantinya di hari lain dan di bulan
lain.

Alhamdulillah pada bulan ramadhan ini saya melaksanakan perintah Allah
puasa ramadhan dengan sebaiknya. Yang jadi masalah saya ialah di tempat
kerja saya dan di tempat tinggal saya terdapat segelintir teman sesama
muslim yang tidak sembahyang bahkan puasa pun tidak. Bukan setakat
mereka itu tidak puasa dan sembahyang malah menempelak pula orang
yang berpuasa dengan pelbagai dugaan. Mereka selalaunya sekufu dan
tidak segan silu makan, minum dan merokok di khalayak. Mohon panduan
bagaimana menangani kes seperti ini

Mengenai pertanyaan saudara dapat saya jelaskan bahwa itu merupakan
cabaran dan godaan bagi anda untuk tetap istiqamah menjalankan ibadah puasa
ditengah persekitaran yang tidak prihatin akan kemuliaan bulan ramadhan.
Sebagai muslim yang baik, tentu menjadi kewajiban anda melakukan amar
ma'ruf nahi munkar kepada teman anda itu, Tegurlah dengan bahasa yang
lembut dan penuh luapan nasihat. Berilah teguran dalam bentuk lontaran ingat
mengingati ia bahwa perbuatannya itu merupakan perbuatan yang tidak sihat.
Namun ingat saudaraku, hanya sampai disitulah kewajiban anda. Anda tak
berhak memaksanya, kerana anda hanya berkewajiban memberi ingat saja.
Mengenai ia mau terima atau tidak sepenuhnya itu terpulang kepadanya. Tak
lupa, do'akan-lah teman anda itu agar menyedari kekeliruannya dan dapat
menjalankan ibadah di bulan puasa ini.
Cabaran dan godaan berpuasa itu memang berat. Namun itulah indahnya
beribadah; nikmatnya berpuasa. Kita justru harus semakin terpacu untuk
mendekatkan diri pada Illahi. Semoga anda, saya dan kita semua lulus dalam
ujian ini.- Amin.

Saya berpuasa tetapi tidak dapat terlepas daripada melihat aurat wanita
kerana setiap hari di persekitaran pejabat saya para wanitanya selalu
berpakaian singkat dan mendedah aurat. Kerana saya berada
dipersekitaran sedemikian itu secara langsung atau tidak langsung saya
hampir setiap saat melihatnya, saya berusaha untuk menghindari tapi
sukar kerana ia bersangkutan dengan pekerjaan saya yang selalu
berhubungan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah pakaiannya,

Kalau dalam diri kita sudah ada keimanan dan ketaqwaan, maka diri kita tidak
akan terpengaruh dengan hal-hal yang demikian, kerana yang demikian itu bagi
orang-orang yang beriman merupakan ujian.
***7:26***
26. Hai anak Adam [530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan
pakaian takwa [531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu
ingat.
***29:2***
2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dengan sabar, mendirikan solat dan zikir maka gangguan yang demikian tidak
akan mempengaruhi diri:
***2:153***
153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolongmu [99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
[99] Ada pula yang mengertikan: "Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
sabar dan solat".
***2:45***
45. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.
Mendirikan solat untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar:
***29:45***
45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an)
dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatanperbuatan)
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (dzikir)
adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.
***13:28***
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi
tenteram.
***58:19***
19. Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat
Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya
golongan syaitan itulah golongan yang rugi.

Dengan selalu berzikir (ingat Allah) pada berdiri, berjalan, berbaring dan duduk
maka kita terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Insya Allah. Read more...

Tuesday, September 18, 2007

RAMADHAN BULAN MEMERANGI NAFSU DAN MENGUJI KEIMANAN

RAMADAN BULAN MEMERANGI NAFSU DAN MENGUJI KEIMANAN

Seperti mana kita sedia maklum bahwa bulan Ramadan ialah bulan yang mulia di sisi Allah. Di dalam bulan inilah telah difardhukan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam atas para nabi dan Rasul sebelum ianya difardhukan ke atas kita ummat nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah kerana dengan menjalani ibadah puasa seseorang muslim itu akan terdidik jiwanya, menjadi lebih bertakwa kepada Allah dan mampu menjadi benteng dari gudaan syaitan dan hawa nafsu yang sukar dikawal, dimana syaitan tidak pernah jemu-jemu menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan perbuatan mungkar. Namun begitu berapa ramaikah dikalangan kita yang benar-benar mampu dan berjaya mengawal diri dari gudaan syaitan gudaan hawa nafsu, gudaan terhadap keseronokan dan kelazatan duniawi.

Kehidupan manusia tidak dapat lari daripada dua persimpangan jalan. Dua persimpangan tersebut ialah runtunan hawa nafsu yang sentiasa menggila dan keimanan yang mantap terhadap Allah s.w.t. untuk memilih dua jalan ini manusia dibekalkan akal oleh Allah bagi menilai, mana yang lebih baiak diantara keduanya.

Adapun manusia yang memilih beriman kepada Allah, merekalah orang yang mendapat kejayaan. Tatapi sebaliknya bagi mereka yang memilih jalan menurut hawa nafsu, maka akibatnya amat buruk dengan balasan azab yang telah disediakan oleh Allah s.w.t.

Justeru, dengan kedatangan bulan Ramadan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk beribadah kepada Allah, dengan ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah. Maka, seharusnya kita semua merebut peluang ini untuk mendapatkan kelebihannya atau ganjaran pahala tersebut.

Namun demikian ianya bukanlah suatu yang mudah untuk diperolehi, kerana dihadapan kita sentiasa ada halangan dan cabaran yang perlu kita tempohi dan harungi sebagai satu jihad, terutamanya jihad melawan hawa nafsu yang sememangnya sentiasa mendorong manusia sepaya melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji. Disinilah letaknya cabaran sebenar bagi kita dalam menunaikan ibadah puasa.

Jika kita mampu memerangi dan melawan kehendak hawa nafsu, bererti ibadah puasa yang kita kerjakan berjaya mendidik dan membimbing diri kita menuju ke arah jalan yang benar dan mendapat kerdhaan Allah s.w.t. dengan katal ain kita bolehkah disifatkan sebagai orang yang berjaya melepasi ujian dalam menilai tahap mana kedudukan keimanan kita, tatapi jika sebaliknya yang berlaku bermakna kita telah gagal dan kecundang dalam ujian dan sekaligus menjadikan diri kita ini sebagai orang yang bukan sahaja rugi di dunia, bahkan juga rugi di akhirat.

Ini bertepatan sekali dengan Firman Allah didalam surah Yusof ayat 35 :

Maksudnya : " dan tiadalah aku bebaskan diriku, sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku amat pengampun lagi amat penyayang.

Kita semua yakin bahawa setiap muslim sentiasa mengharapkan kehidupan yang sejahtera di akhirat kelak dan memohan dijauhkan dari kehidupan yang sengsara. Kita juga seharusnya sedar bahwa hanya dengan ibadah dan amalan-amalan yang baik semasa di dunia akan menjadi bekalan semasa di akhirat kelak. Manakala mereka yang melakukan kesalahan dan dosa, Allah s.w.t. telah menjanjikan balasan yang setimpal sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan. Demikianlah halnya betapa mulianya bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

Setelah mana kita bersungguh-sungguh dan bermujahadah melawan hawa nafsu pada bulan yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadah kita dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat taraweh, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya untuk meningkatkan keimanan kita sebelum bertawakal kepada Allah didalam usaha mencari keredhaannya.

Selain dari itu, kita juga hendaklah berazam untuk meneruskan amalan-amalan yang baik, umpamanya kita menyahut seruan kerajaan dalam kempen nafas baru bermula Ramadhan, dimana ianya merupakan satu program bagi membantu dikalangan perokok-perokok orang Islam untuk membuang tabiat buruk atau berhenti merokok bermula pada bulan Ramadan kali ini.

Mungkin salama ini ada dikalangan sebahagian kita tercari-cari atau memikirkan cara terbaik untuk berhenti merokok, ada yang telah cuba berhenti merokok tatapi sering kali gagal. Maka inilah, peluang keemasan yang perlu diambil muda-mudahan dengan azam yang kuat diiringi pendirian yang teguh serta berkat bulan Ramadan, Insyaallah usaha antuk berhenti merokok dapat dikekalkan sehingga penghujung bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.

Berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh seorang perokok, bukannya ةereka tidak sedar akan akibat buruk yang akan memusnahkan diri sendiri dan orang-orang disekeliling mereka, tatapi kerana disebabkan ةereka telah diikat, dijerat dan dibelenggu oleh pengaruh nikotin yang sekian lama bersarang dalam diri mereka dan ditambah lagi dengan lebih 4000 bahan-bahan kimia yang lain.

Justeru, kita doakan semoga dengan berkat kesucian bulan Ramadan yang mulia ini dan berdasarkan hasil kajian mendapati bahawa 95 % di kalangan perokok-perokok yang beragama Islam menyatakan lebih mudah antuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan dengan kita berpuasa hampir 14 jam sehari dan selama itulah mereka dapat mengawal diri dari tidak merokok. Jadi apa salahnya selepas berbuka puasa diteruskan tanpa tidak merokok sehingga bersahur keesokan harinya. Jika tindakan seumpama ini dapat dilakukan serta diamalkan untuk hari-hari seterusnya, Insyaallah tabiat buruk merokok dapat dihentikan disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Akhirnya, marilah kita sama-sama menjadikan Ramadan bulan yang menjana kekuatan dan jati diri kita, bulan yang mampu mendidik kita menjadi insan yang lebih dekat dan bertakwa kepada Allah. Sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita cubalah kita bertanyaka diri kita sendiri. Adakah kita merasa dekat dengan Allah s.w.t. ? atau apakah Ramadan tidak meninggalkan apa-apa kesan kepada kita setelah kita berpuasa ? atau lebih teruk lagi tiada sebarang perubahan yang berlaku ke atas diri kita walaupun kita dididik dan diasuh dengan amalan-amalan baik pada bulan Ramadan ini.

Perlu di ingat bahwa Rasulullah s.a.w. dan para sahabat begitu sedih sehingga menangis disaat-saat akhir Ramadhan yang akan pergi meninggalkan mereka, kerana tidak sanggup berpisah dengannya .

Di dalam satu Hadis Nabi s.a.w. telah bersabda :

لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ لَتَمَنِّىَ اْلعِبَادُ أَنْ يَكُوْنَ شَهْرُ رَمَضَانَ سَنَةً.

Maksudnya : " Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita sepaya bulan Ramadan berpanjangan selama setahun ".

( H.R. Tabrani dan Baihaqi )

Oleh itu, dengan kesempatan hadirnya Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita memerangi nafsu yang boleh membawa kehancuran dan merugikan hidup kita. Sesungguhnya Ramadhan merupakan medan terbaik untuk kita mempertingkatkan keimanan kepada Allah.

Maksudnya : "(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehkah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain" .

( Surah al-Baqarah : 185 )

Read more...

Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas

Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas

1. Soalan: Seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang
dari rongganya.

2. Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa
kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda
Rasullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan
keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezekiyang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.

3. Soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati
seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?
Jawapan: Tidak sah niat tersebut.

4. Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau
perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya,
wajib qada’ dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.

5. Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya?
Jawapan: Tidak boleh diqadhakan puasa kepada orang yang masih hidup.

6. Soalan: Apakah hukum bersahur?
Jawapan: Hukumnya sunat.

7. Soalan: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?
Jawapan: Sah puasa tapi di galakkan mempercepatkan berbuka bila tiba waktu
berbuka.

8. Soalan: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan
Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
Jawapan: Pahala membaca Al-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan
adalah berganda.

9. Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

10. Soalan: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?
Jawapan: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

SOALAN LAZIM PUASA DENGAN JAWAPAN BERHURAIAN RINGKAS

Adakah niat untuk berpuasa itu perlu dilafazkan atau tidak. Saya
kebingungan ada yang barpendapat bahwa kalau orang itu bersahur
secara otomatik sudah merupakan niat tanpa perlu lafaz niat puasa?

Yang disyaratkan adalah niat. Apa niat itu? Niat adalah rencana yang tegas
untuk melakukan sesuatu. Nah kalau rencana sudah dianggap mantap dalam
hati, maka niat tidak perlu diucapkan. Tetapi ada orang yang sering merasa ragu
[pendapat dalam ilmu kejiwaan, ianya merupakan penyakit,yang disebut sebagai
neurosis] jika niatnya tidak diucapkan. Oleh sebab itu, dalam hal seperti ini, niat
ada baiknya dilafazkan, agar anda dapat betul-betul yakin terhadap apa yang
akan anda buat.

Dalam hal ini juga niat puasa, jika kita bangun untuk bersahur, tentu aktiviti itu
adalah faktor yang menggerak keinginan untuk puasa. Secara tak langsung ia
merupakan satu niat. Ertinya, secara tidak langsung, sahur itu merupakan salah
satu bentuk kita berniat mahu berpuasa. Jadi, sahur dapat dijadikan sebagai niat
untuk puasa.

Seseorang sedang berpuasa Ramadhan, tetapi di himpit pelbagai masalah
dan gangguan emosi sehingga benar-benar membuat perasaannya marah
sedemikian rupa dan terbawa sampai dirumah menjelang waktu magrib.
Setelah sedar Ia merasa puasanya seharian tidak berguna dan sudah
kehilangan pahala. Ia berbuka dan telah batallah puasanya. Bagaiamana
dengan hal ini ?.

Sayang orang tersebut membatalkan puasanya. Padahal, andaikata saja ia
menuruti saranan Rasulullah SAW untuk segera mengambil wudhu dan
beristighfar, tentu hal itu dapat meredakan amarahnya. Kalau kita marah-marah,
maka puasa kita tetap sah, hanya saja nilainya jadi berkurang. tetapi tetap jauh
lebih baik meneruskan berpuasa daripada membatalkannya.

Apakah kerana kita tak dapat khusyu' dalam solat lantas kita tak mahu solat?
Sedangkan solat itu wajib. Sebuah perintah untuk melaksanakan kewajiban itu
wajib dipenuhi, kalau sudah dipenuhi maka gugur sudah kewajiban itu, tetapi
soal diterima atau tidak, sempurna atau tidak, itu merupakan hak prerogatif Allah
SWT untuk menentukannya. Jadi, penuhi saja kewajiban itu semampu kita,
kemudian menyerahkannya pada Allah. Kerana orang tersebut sudah
membatalkan puasanya maka ia wajib menggantinya di hari lain dan di bulan
lain.

Alhamdulillah pada bulan ramadhan ini saya melaksanakan perintah Allah
puasa ramadhan dengan sebaiknya. Yang jadi masalah saya ialah di tempat
kerja saya dan di tempat tinggal saya terdapat segelintir teman sesama
muslim yang tidak sembahyang bahkan puasa pun tidak. Bukan setakat
mereka itu tidak puasa dan sembahyang malah menempelak pula orang
yang berpuasa dengan pelbagai dugaan. Mereka selalaunya sekufu dan
tidak segan silu makan, minum dan merokok di khalayak. Mohon panduan
bagaimana menangani kes seperti ini

Mengenai pertanyaan saudara dapat saya jelaskan bahwa itu merupakan
cabaran dan godaan bagi anda untuk tetap istiqamah menjalankan ibadah puasa
ditengah persekitaran yang tidak prihatin akan kemuliaan bulan ramadhan.
Sebagai muslim yang baik, tentu menjadi kewajiban anda melakukan amar
ma'ruf nahi munkar kepada teman anda itu, Tegurlah dengan bahasa yang
lembut dan penuh luapan nasihat. Berilah teguran dalam bentuk lontaran ingat
mengingati ia bahwa perbuatannya itu merupakan perbuatan yang tidak sihat.
Namun ingat saudaraku, hanya sampai disitulah kewajiban anda. Anda tak
berhak memaksanya, kerana anda hanya berkewajiban memberi ingat saja.
Mengenai ia mau terima atau tidak sepenuhnya itu terpulang kepadanya. Tak
lupa, do'akan-lah teman anda itu agar menyedari kekeliruannya dan dapat
menjalankan ibadah di bulan puasa ini.
Cabaran dan godaan berpuasa itu memang berat. Namun itulah indahnya
beribadah; nikmatnya berpuasa. Kita justru harus semakin terpacu untuk
mendekatkan diri pada Illahi. Semoga anda, saya dan kita semua lulus dalam
ujian ini.- Amin.

Saya berpuasa tetapi tidak dapat terlepas daripada melihat aurat wanita
kerana setiap hari di persekitaran pejabat saya para wanitanya selalu
berpakaian singkat dan mendedah aurat. Kerana saya berada
dipersekitaran sedemikian itu secara langsung atau tidak langsung saya
hampir setiap saat melihatnya, saya berusaha untuk menghindari tapi
sukar kerana ia bersangkutan dengan pekerjaan saya yang selalu
berhubungan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah pakaiannya,

Kalau dalam diri kita sudah ada keimanan dan ketaqwaan, maka diri kita tidak
akan terpengaruh dengan hal-hal yang demikian, kerana yang demikian itu bagi
orang-orang yang beriman merupakan ujian.
***7:26***
26. Hai anak Adam [530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan
pakaian takwa [531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu
ingat.
***29:2***
2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dengan sabar, mendirikan solat dan zikir maka gangguan yang demikian tidak
akan mempengaruhi diri:
***2:153***
153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai
penolongmu [99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
[99] Ada pula yang mengertikan: "Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
sabar dan solat".
***2:45***
45. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.
Mendirikan solat untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar:
***29:45***
45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an)
dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatanperbuatan)
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (dzikir)
adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.
***13:28***
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi
tenteram.
***58:19***
19. Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat
Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya
golongan syaitan itulah golongan yang rugi.

Dengan selalu berzikir (ingat Allah) pada berdiri, berjalan, berbaring dan duduk
maka kita terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Insya Allah. Read more...

Thursday, September 6, 2007

Realiti TV Dakwah


Secara jujurnya, rancangan realiti tv berunsurkan dakwah ini tidak pernah saya ketahui kewujudannya walaupun ia sudah pun ditayangkan di kaca TV negara seberang, Lativi, sejak bulan Ramadhan tahun 2006. Sebaik sahaja melihat petikan-petikan video rancangan Pildaci (Pemilihan Dai Cilik) di lama web Youtube, jiwa ini berasa begitu kagum dengan kehebatan kanak-kanak Indonesia yang petah menyampaikan ceramah dan berpidato dengan begitu lancar sekali. Gaya mereka begitu bersahaja sehingga kadang-kadang kita lupa bahawa yang sedang bercakap itu hanya seorang kanak-kanak.

Kepetahan mereka berbicara, menyusun kata-kata, kadangkala diiringi dengan ayat-ayat al-Quran dan petikan hadis begitu mengagumkan. Kematangan mereka jelas terserlah pada gaya pengucapan yang berupaya menarik perhatian para penonton. Rata-ratanya penonton terdiri daripada orang yang lebih dewasa berbanding para peserta tersebut. Sebagai contoh, Rajib Faizul Hak yang baru berusia 8 tahun adalah antara peserta termuda dalam rancangan Pildacil. Rajib menyatakan bahawa dia sudah mula belajar berdakwah sejak berusia 4 tahun lagi dan menjadikan Ustaz Jeffry Al Buchori, seorang pendakwah terkemuka Indonesia sebagai idolanya.


Sementara menurut Imas pula, salah seorang peserta perempuan dalam Pildacil menyatakan dia sudah biasa membaca kisah-kisah Nabi sejak kelas 2 SD lagi (Darjah dua lagi). Katanya, menghafal teks ucapan bukannya satu perkara yang sukar. Cukup dengan membaca 3 kali sahaja, dia sudah dapat menghafal dan menguasai pengucapannya. ”Yang paling penting adalah cara pembawaan dan isi ceramah perlulah menarik”, tutur Imas yang sudah biasa berceramah dari kampung ke kampung ini.

Rancangan realiti tv dakwah ini turut menampilkan undian SMS bagi menentukan pendakwah cilik mana yang dapat bertahan walaupun juri disediakan. Daripada 11 orang peserta, 3 orang dipilih untuk ke peringkat akhir. Pemenang pertama akan membawa pulang hadiah Rp 25 juta dan pakej ibadah umrah. Naib juara pula memenangi Rp 15 juta berserta trofi. Manakala pemenang tempat ketiga mendapat ganjaran bernilai Rp 10 juta dengan trofi. Juara favorit pula mendapat Rp 5 juta juga dengan trofi.

Dalam hati ini tertanya-tanya, tiadakah kanak-kanak di Malaysia yang mampu melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak Pildacil ini? Jika selama ini kita dihidangkan dengan rancangan realiti tv berbentuk pertandingan nyanyian yang juga melibatkan kanak-kanak seperti Rancangan Bintang Kecil, My Starz dan sebagainya, bilakah lagi rancangan Pildacil versi Malaysia akan menghiasi kaca tv di tanah air tercinta ini?Bersama kita muhasabah diri sempena Ramadhan al-Mubarak yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.


Read more...

KAEDAH PENDEKATAN DAKWAH SILAM DAN MASA KINI : PERBEZAAN DAN KESESUAIAN

KAEDAH PENDEKATAN DAKWAH SILAM DAN MASA KINI : PERBEZAAN DAN KESESUAIAN

Oleh:

Prof Madya Mohamad Kamil b. Hj Ab. Majid

Muhammed bin Yusof

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

  1. Pendahuluan

Islam ialah agama samawi yang terakhir dan bersifat sejagat (universal). Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan Nabi terakhir untuk disampaikan kepada semua golongan manusia. Segala ajaran dalam Islam telah pun disampaikan sepenuhnya oleh Baginda dalam bentuk yang paling sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu ajaran Islam berada dalam keadaan yang sempurna dan lengkap untuk manusia pada setiap tempat dan zaman sebagaimana dijelaskan oleh al-Qur’an:

Maksudnya:

Maka pada hari ini Aku (Allah) telah menyempurnakan agama kamu bagi kamu Aku telah menyempurnakan rahmatKu untuk kamu, dan Aku (Allah) telah reda bagi kamu sekalian akan Islam itu menjadi Din (agama) kamu.1

Pada peringkat awal Islam, Nabi s.a.w. beserta para sahabat telah bersungguh-sungguh dan bertungkus lumus menyebarkan Islam di mata dunia. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, tugas mengembangkan Islam dan berdakwah pada jalan Allah adalah menjadi tanggugjawab ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya.

Dalam al-Qur‘an tedapat beberapa ayat yang menggesa supaya tugasan dakwah ini dilaksanakan oleh setiap umat Islam, antaranya:

Maksudnya:

Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Mereka inilah orang-orang yang beruntung.2

Walaupun ayat ini menimbulkan sedikit perbezaan pendapat mengenai hukum berdakwah iaitu perkataan ( منكم ) sama ada kepada golongan tertentu3 atau kepada semua umat Islam4, namun pendapat yang pertama adalah kurang tepat.

Firman Allah S.W.T lagi, maksudnya:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.5

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an tersebut, tugasan dakwah ini merupakan satu agenda penting yang harus dipikul dalam kehidupan setiap umat Islam. Namun bagi memastikan agenda ini berjaya menarik ramai sasaran sama ada dari kalangan umat Islam sendiri mahupun non-muslim, maka pendekatan yang sesuai serta bersistematik dan berstrategi perlu diatur dan disusun secara terancang.

  1. Konsepsi Dakwah Dari Perspektif Pemikiran Islam

Perkataan dakwah adalah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Menurut Kamus Lisan al-‘Arab, dakwah merujuk kepada meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.6

Dari sudut Istilah, Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai satu program yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.7

Menurut Adam Abdullah al-Aluri, dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya.8

Manakala menurut Dr. Ra’uf Shalabi, beliau menyatakan bahawa Dakwah Islamiyyah ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada kufur kepada iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.9

Dr. Yusof al-Qaradawi pula memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalanNya.10

Berdasarkan konseptual dakwah yang dikemukakan oleh para ilmuan Islam tersebut dapatlah dirumuskan bahawa dakwah mencakupi semua usaha yang baik yang dilakukan secara terancang (bukan semata-mata laungan) sama ada secara individu atau berkumpulan dengan menggunapakai pendekatan (uslub) tertentu untuk membawa manusia supaya mengetahui tujuan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat sama ada menerusi ilmu-ilmu yang diturunkan melalui wahyu ataupun ilmu-ilmu lain yang boleh memberikan faedah kepada kehidupan manusia.

  1. Pendekatan Dakwah Menurut Al-Qur’an

Adalah dimaklumi bahawa dakwah yang berkesan memerlukan kepada suatu pendekatan yang bersesuaian dengan sasaran. Asas kepada keperluan ini merujuk kepada dua komponen utama dalam Dakwah Islamiyah iaitu isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran dan cara untuk menyampaikan pengajaran tersebut.11

Berdasarkan kedudukan tersebut, pendekatan adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia merupakan cara bagaimana pengajaran yang disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya. Sesuatu pengajaran walaupun baik, susah untuk diterima oleh sasaran jika cara penyampaiannya tidak betul.12 Tanpa pendekatan yang baik juga, masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan memberi respon yang negatif terhadapnya walaupun isi yang disampaikan menarik dan bermutu.13

Pendekatan yang hendak digunapakai dalam berdakwah mestilah suatu pendekatan yang bersesuaian dengan fitrah manusia atau dikenali sebagai pendekatan fitrah.14 Ini kerana agama Islam merupakan agama fitrah yang amat bersesuaian dengan fitrah manusia.15

Pendekatan Fitrah ini terkandung dalam ayat al-Qur’an antaranya sepertimana Firman Allah S.W.T , maksudnya:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.16

Terdapat tiga pendekatan utama dalam ayat tersebut iaitu al-Hikmah, al-Mau’izah al-Hasanah (Nasihat yang baik) dan al-Mujadalah billati hia ahsan (Berbahas/ berdiskusi dengan cara yang terbaik). Tiga pendekatan inilah yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya sebagai Rasul.17

Ayat tersebut juga dengan jelas memerintahkan supaya dakwah itu dilakukan dengan pendekatan yang pelbagai, yang boleh mempengaruhi dan menarik perhatian sasaran. Selain itu, menurut Dr Ra ‘uf Shalabi , cara dakwah yang dinyatakan dalam ayat tersebut merupakan cara yang dilalui oleh Nabi s.a.w. dalam dakwahnya kepada semua peringkat sasaran.18

Selain pendekatan dakwah tersebut, terdapat beberapa pendekatan lain yang disyorkan dalam al-Qur’an antaranya:

  1. Penjelasan yang nyata dan jelas

Isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan dan silap faham serta tafsiran yang menyeleweng.19

  1. Berperingkat-peringkat

Bagi tidak memberati orang yang menerima dakwah, pengajaran yang disampaikan dilakukan dalam keadaan berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, pengharaman arak tidak dilarang secara terus, malah secara peringkat demi peringkat.

  1. Mudah

Mesej yang hendak disampaikan hendaklah melalui semudah-mudah cara. Ini kerana Islam itu sendiri mudah dan selaras dengan tabiat semulajadi manusia terutamanya dalam perkara yang berkaitan kelonggaran hukum atas sebab-sebab yang munasabah.20

  1. Menjinakkan

Dakwah Islamiyah hendaklah dilakukan dalam keadaan berjinak-jinak dengan sasaran.21 Ini termasuklah berkenalan dengan seseorang yang akan menerima dakwahnya. Perkenalan ini bertujuan memahami latarbelakang kehidupan sebenar sasaran, corak pemikiran dan bagaimana pengertian dan pandangannya terhadap alam raya ini dan terhadap agama Islam.22

Dengan kata lain, pendekatan mendampingi sasaran amat mustahak dan mampu memberi impak yang memberangsangkan kerana dengan berbuat demikian, pendakwah akan menemui ruang-ruang yang mungkin dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati orang ramai.

  1. Adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan larangan

Pendekatan melalui pendedahan hikmah (rahsia pensyariatan) disebalik suruhan dan larangan amat perlu bagi membuka minda sasaran untuk menerima unsur logik dan rasional. Pemikiran normal biasanya akan akur dengan kenyataan yang berasaskan logical thinking. Sebagai contoh, faedah yang didapati disebalik sembahyang23 dan akibat buruk yang akan diperolehi disebalik melakukan tegahan arak dan judi.24

Pada dasarnya, al-Qur’an banyak mendedahkan pendekatan dakwah dalam bentuk yang pelbagai agar pengajaran yang hendak disampaikan menepati kesesuaian dan tahap pemikiran golongan sasaran. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Sayyidina Ali k.w. :

‘Bercakaplah dengan orang lain berdasarkan kefahaman mereka (dalam lingkungan yang mereka boleh faham).25

Selain itu, ‘Abd al-Karim Zaydan menyebut bahawa al-Qur’an banyak mendedahkan pendekatan dakwah yang mana setiap orang Islam mesti memahaminya, sebagaimana memahami perkara-perkara lain yang terdapat dalam al-Qur’an. Tuhan memaparkan cara-cara dakwah dalam al-Qur’an untuk dijadikan panduan yang boleh membantu usaha dakwah.26

4.0 Pendekatan Dakwah Rasulullah S.A.W

Dalam sunnah Rasulullah s.a.w. terdapat banyak contoh mengenai pendekatan dakwah. Malah sepanjang hidup Baginda dipenuhi dengan cara-cara dakwah, kerana tugas Baginda ialah berdakwah. Menurut Zaydan sunnah dan sirah Nabi s.a.w. sama ada di Makah atau di Madinah banyak mengandungi pendekatan dakwah dan cara menyelesaikan masalah-masalah tertentu yang dihadapi. Ini memberi suatu kebaikan kepada para pendakwah masa kini kerana Rasulullah s.a.w. telah melalui semua keadaan yang mungkin dilalui oleh mereka .Oleh itu ia memberi panduan yang cukup baik bagi pendakwah sekarang.27

Antara pendekatan dakwah Rasulullah s.a.w. yang terawal ialah memperkenalkan Islam kepada orang-orang tertentu28 yang ada harapan akan menerima Islam dan supaya golongan ini boleh membantu Baginda mempercepatkan perkembangan Islam.

Baginda juga mengembangkan Islam pada peringkat permulaan dengan cara senyap-senyap atau secara bersembunyi.29 Cara ini dilakukan pada tiga tahun pertama dakwahnya.30 Bagi tujuan ini, Nabi s.a.w. memilih rumah Ibn Abi al-Arqam sebagai pusat untuk mengendalikan cara dakwah tersebut. Melalui cara tersebut, pihak musuh tidak sempat mengesan perkembangan dakwah. Pihak musuh hanya sedar tentang perkembangan dakwah setelah ia agak kuat dengan bilangan pengikutnya yang ramai berjaya diislamkan.31

Oleh itu antara pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w32 ialah :

1) Berhikmah33

Pendekatan ini adalah pengaplikasian kepada konsep hikmah dalam al-Qur’an surah al-Nahl ayat 125. Antara pendekatan ini yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w ialah semasa berdialog dengan tokoh Quraisy, Hussain yang diwakili oleh kumpulannya supaya memberitahu Nabi s.a.w. agar memberhentikan dakwahnya. Dalam dialog itu Hussain bertanyakan kepada Nabi s.a.w. tentang apa yang didengarnya iaitu Nabi s.a.w. mencaci tuhan-tuhannya. Lalu Nabi s.a.w. bertanyakan Hussain berapakah jumlah tuhan yang disembahnya. Hussain menjawab jumlahnya tujuh tuhan di bumi dan satu tuhan dilangit. Nabi s.a.w. bertanya tuhan mana yang diminta, jika ia ditimpa sesuatu keburukan. Hussain menjawab, dia minta dari tuhan langit. Nabi s.a.w. bertanya lagi tuhan mana yang diminta jika hartanya binasa. Hussain menjawab tuhan dilangit. Nabi s.a.w. menyampuk, apakah kamu samakan tuhan di bumi dengan tuhan dilangit, sedang dia sahaja yang menunaikan permintaan kamu. Lalu Nabi s.a.w. pun berkata, masuklah Islam nanti kamu akan selamat. Hussain terus masuk Islam.34

2) Pendekatan Psikologi

Psikologi adalah ilmu berhubung dengan jiwa dan pemikiran manusia. Manakala pendekatan dakwah ialah cara bagaimana untuk mempengaruhi jiwa dan pemikiran manusia. Oleh itu kedua-duanya merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Malah penggunaan psikologi untuk kepentingan dakwah akan menjadi daya tarikan yang lebih dalam dakwah.35

Berkaitan pendekatan ini, dalam hadith terdapat banyak perbezaan penjelasan yang dikemukakan oleh Nabi s.a.w., walaupun Baginda menerangkan sesuatu perkara yang sama, disebabkan berlainan sasaran. Contohnya, perbezaan jawapan Nabi s.a.w. antara seorang dengan seorang yang lain mengenai Islam yang lebih baik. Perbezaan tersebut disebabkan berlainan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh sasaran yang bertanya.36

Ini menunjukkan bahawa pendekatan berbeza diambil semasa melalui proses penyampaian. Ia didasarkan kepada penentuan oleh keadaan sasaran yang berbeza mengikut golongan, peringkat dan kedudukan.

3) Ketegasan

Pendekatan ini diambil kerana cara berlemah lembut tidaklah sesuai dengan semua keadaan, kerana dalam keadaan tertentu memerlukan ketegasan. Contohnya, ketika Nabi s.a.w. berhadapan dengan tiga orang sahabatnya yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk (9H). Mereka ialah Kaab ibn Malik, Mirarah ibn al-Rabi’ dan Hilal ibn Umaiyah. Nabi s.a.w. dan para sahabatnya termasuklah juga isteri-isteri mereka bertiga melakukan boikot sehingga sampai tidak menjawab ucapan salam mereka bertiga selama beberapa ketika.37

3) Melarang Secara Indirect

Tidak dinafikan bahawa penyampaian dakwah memerlukan kepada sesuatu peryataan yang jelas dan nyata. Namun dalam keadaan tertentu misalnya larangan, ia memerlukan suatu tindakan yang bijak supaya dapat diterima apa yang hendak disampaikan secara lebik efektif. Contoh bentuk larangan secara indirect yang diparaktikkan oleh Rasululllah s.a.w. ialah sebagaimana Nabi s.a.w. melarang seorang pemuda yang meminta kebenaran daripada Baginda untuk melakukan zina. Nabi s.a.w. tidak terus melarang pemuda itu supaya tidak berzina, tetapi memberi suatu gambaran betapa zina itu tidak disukai oleh semua orang. Dengan itu, pemuda itu dapat memahami betapa jijiknya zina itu.38

4) Menjalin Hubungan yang Baik Dengan Non Muslim

Islam telah menggariskan beberapa bentuk hubungan yang sepatutnya terjalin antara masyarakat Islam dengan non muslim termasuklah hubungan kekeluargaan bagi saudara baru dengan keluarga asal mereka. Antara contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. berkaitan bentuk hubungan ini ialah Nabi s.a.w. mengadakan hubungan berbaik-baik dengan suku kaum di Madinah, termasuk orang-orang Yahudi. Untuk tujuan tersebut satu perjanjian telah diwujudkan. Melalui perjanjian tersebut, masing-masing pihak hendaklah hidup secara harmoni dan menjaga kerukunan hidup penduduk di Madinah dengan tanpa ceroboh-menceroboh antara satu sama lain.39 Nabi s.a.w. juga mengadakan hubungan baik dengan kabilah-kabilah yang ada disekeliling Madinah.40

Dengan terjalinnya hubungan ini, suasana yang aman dan harmoni dapat diwujudkan di Madinah. Oleh itu, Nabi s.a.w. dan orang Islam dapat menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti dakwah dan persiapan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan cepat bagi menghadapi ancaman-ancaman peperangan selepas itu.

5.0 Pendekatan Dakwah Masa Kini dan Relevansinya dengan Pendekatan Dakwah Masa Silam

Dalam era globalisasi masa kini, suatu pendekatan dakwah kontemporari perlu digarapkan selaras dengan perubahan semasa. Tambahan pula berlakunya perubahan corak pemikiran dalam keanekaan budaya bangsa telah mendesak kepada suatu pendekatan yang lebih kreatif dan efektif.

Pada prinsipnya, pendekatan yang dibawa oleh al-Qur’an dan Sunnah Baginda s.a.w. masih terus relevan pada masa kini. Antaranya, tiga pendekatan yang dikemukakan dalam al-Qur’an iaitu hikmah, mau’izah hasanah dan mujadalah masih lagi sesuai dan sedang berlangsung sehingga hari ini. Akan tetapi cara pelaksanaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian zaman dan sasaran dakwah.41 Sebagai contoh, pada masa kini, mujadalah lebih tertumpu kepada seminar, diskusi ilmiah, simposium, nadwah dan yang terbaru adalah dialog antara agama.42 Manakala pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti pendekatan psikologi dan berhikmah menjadi antara pendekatan utama dalam program dakwah orang-orang asli di Malaysia.

Antara permasalahan utama masyarakat Islam hari ini ialah ketandusan idola yang komprehensif dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada berkaitan sahsiah, pentadbiran, ekonomi, kewangan dan sebagainya. Pada zaman Rasulullah s.a.w., Baginda sendiri merupakan satu institusi komprehensif yang menjadi rujukan dan panduan utama bagi masyarakat dalam menentukan setiap gerak geri dan segala tindakan. Asas kepada permasalahan tersebut, maka Islam pada masa kini diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan institusi. Justeru itu, pendekatan dakwah masa kini adalah dilihat hasil daripada rentetan terjemahan dalam bentuk yang khusus antaranya:

1) Pendekatan Dakwah Melalui Insitusi

Terdapat berbagai-bagai institusi Islam di Malaysia pada masa ini termasuklah badan kerajaan mahupun NGO. Antaranya JAKIM, IKIM, ABIM, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan sebagainya. Kesemuanya secara tidak langsung merupakan satu pendekatan dakwah kontemporari. Ini kerana ia mencerminkan suatu sistem pengurusan Islam dan pentadbiran Islam. Manakala antara yang menggambarkan sistem perundangan Islam pula merangkumi Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti Negeri.

Dari aspek ekonomi dan kewangan Islam pula, lahir institusi seperti Bank Islam, Takaful Malaysia, Takaful Nasional, Takaful Ikhlas, YAPIEM dan sebagainya. Hasil daripada penonjolan sistem perbankan Islam oleh Bank Islam umpamanya, didapati pada hari ini beberapa bank konvensional lain turut berminat menyediakan kemudahan kewangan mengikut sistem kewangan Islam termasuklah Bank Rakyat dan Bank Bumiputra Commerce.

Selain itu, terdapat juga institusi yang secara jelas menampilkan imejnya sebagai institusi dakwah seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Instutut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP). Oleh itu dengan tertubuhnya insitusi-institusi ini yang secara tidak langsung memberi suatu cerminan imej Islam yang komprehentif mewakili beberapa aspek penting dalam kehidupan manusia. Ia juga menterjemahkan Islam dalam suatu acuan yang khusus. Apa yang paling penting, kesemua institusi ini mestilah menjaga kredibilitinya sebagai sebuah institusi Islam yang eksklusif. Ini kerana sekiranya institusi-institusi ini berjaya berperanan dengan baik dan menampilkan perkhidmatan cemerlang, maka ia dilihat satu pendekatan dakwah efektif dalam menarik orang ramai mengenali Islam dengan lebih dekat termasuklah non muslim.

2) Pendekatan Dakwah Melalui Hiburan

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa pendekatan yang terbaik semestinya berasaskan suatu pendekatan fitrah. Antara unsur fitrah yang diminati ramai pada waktu ini adalah hiburan atau seni muzik. Pada dasarnya, Islam membenarkan penganutnya menikmati seni ini. Sesuatu yang diminati ramai adalah lebih mudah diterima oleh khalayak.

Hiburan Islam tidak terhad kepada nasyid sahaja malah ia merangkumi seni muzik yang lain selagi mana menepati kretiria-kretiria yang digariskan oleh para ilmuan Islam. Pendekatan dakwah melalui seni hiburan ini sepatutnya di kembangkan dalam bentuk yang pelbagai, antaranya mewujudkan hiburan alternatif melalui islamisasi seni muzik.43 Pada hari ini, pengaruh sekular semakin menular ke dalam seni muzik. Ini disebabkan seni muzik yang dinikmati bukan lagi untuk mencari ketenangan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T , tetapi ia semata-mata untuk berhibur, bersukaria, melepaskan hawa nafsu dan ingin bebas daripada kongkongan agama. Seni muzik seumpama inilah yang membawa kepada maksiat kerana sudah hilang matlamat asalnya. 44

Pemanfaatan hiburan bagi tujuan dakwah merupakan satu usaha yang sepatutnya dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana ia bukan sahaja berperanan memenuhi tuntutan fitrah manusia yang inginkan ketenangan dan hiburan, malah ia dilihat mempunyai potensi yang besar dalam mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup masyarakat dan seterusnya mencorakkan budaya sesebuah bangsa. Selain itu, ia juga mampu menyelinap secara halus dan tanpa disedari dapat mengubah sasaran kepada suatu yang positif.45

Melalui pendekatan ini juga, bukan mesej Islam yang terkandung dalam lirik lagu sahaja yang memberi impak kepada pendengar, malah gaya hidup , penampilan, corak pemakaian, muamalah penghibur juga menjadi ikutan dan idola mereka. Oleh itu, walaupun ia dilihat menampilkan seni hiburan Islam, namun pada masa yang sama banyak mesej lain yang dapat dihighlightkan termasuklah, fesyen pemakaian Islam, cara hidup Islam, pergaulan berimej Islam dan sebagainya.

6.0 Kesimpulan

Berdasarkan fakta-fakta berhubung pendekatan dakwah silam yang merangkumi pendekatan al-Quran dan Sunnah, maka ia dikenalpasti sebagai pendekatan utama pendakwah sepanjang zaman. Akan tetapi dari sudut komparatifnya adalah bentuk dan cara pelaksanaannya sahaja yang berbeza disebabkan berlainan zaman dan golongan sasaran. Di samping itu, alasan logik berkaitan penggunaan pendekatan fitrah juga merupakan suatu yang menarik untuk dikembang dan dipraktikkan. Pada masa kini, selain hiburan, masih terdapat banyak unsur fitrah lain yang selayaknya dijadikan sebagai pendekatan dakwah. Dengan memanfaatkan unsur fitrah dalam acuan yang betul menurut perspektif syara’ maka ia akan dapat menghasilkan suatu implikasi yang positif kepada kejayaan dakwah.

Rujukan:

1 Al-Qur’an, surah al-Maidah: 3

2 Al-Qur’an, surah Ali Imran: 104

3 Menurut al-Qurtubi (m. 671/1272 atau 73M), menyuruh makruf dan mencegah mungkar itu fardhu kifayah. Lihat Al-Qurtubi , al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, jil. 4, Beirut: Dar Ihya’, h. 165. Manakala al-Shawkani (1173H/1759 atau 60M-1250H/1834 atau 35M) pula menjelaskan, perintah tersebut khusus kepada ahli ilmu yang mengetahui tentang apa yang ditegah dan apa yang di suruh. Lihat Al-Shawkani, Fath al-Qadir, jil. 4, Beirut: Dar al-Fikr, h. 165.

4 Muhammad ‘Abduh (1849-1905) berpendapat, perkataan minkum bukan bererti daripada kamu, akan tetapi ia sebagai satu tambahan bagi menjelaskan perintah selepasnya. Oleh itu, tanggungjawab dakwah adalah atas semua orang. Ia tidak dikhususkan kepada sesuatu golongan sahaja. Bandingannya sebagaimana penjelasan Allah dalam surah al-‘Asr dan surah al-Maidah ayat 78-79 yang maksudnya ditujukan kepada umum. Lihat Muhammad Rashid Rida, al-Qur’an al-Hakim al-Shahir bi Tafsir al-Manar, Jil. 4. Beirut: Dar al-Ma’rifah, h. 27.

5 Al-Qur’an, surah Ali Imran: 110

6 Ibn Manzur, Lisan al- ‘Arab, Jil. 14. Beirut: Dar Sadir, h. 257-261

7 Muhammad al-Ghazali (1981). Ma’a Allah: Dirasat fi al-Da’wah wa al-Du’at, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Islami, h. 17.

8 Adam Abdullah al-Aluri (1989), Tarikh al-Da’wah al-Islamiyyah baina al-Ams ila al-Yaum, Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 17.

9 Dr Ra’uf Shalabi (1982), Sikulugiyah al-Ra’I wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Qalam, h. 49.

10 Dr. Yusof al-Qradawi (1978), Thaqafah al-Da’iyah, Beirut, h. 5.

11 Ab. Aziz bin Mohd Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 76.

12 Ab. Aziz bin Mohd Zin (1991), Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah, Petaling Jaya: Tempo Publishing, h. 103.

13 Roslan bin Mohamed (2002), Dakwah Non Muslim: Satu Introspeksi Ringkas, dalam Jurnal YADIM, bil. 3, Jun 2002, KL: YADIM, h. 121.

14 Wan Hussein @ Azmi Abdul Kadir (1998), Islam Agama Dakwah: Suatu Pengenalan, dalam Prinsip dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia, Selangor: Penerbit UKM, h. 22.

15 Lihat al-Qur’an, surah al-Rum:30

16 Al-Qur’an, surah al-Nahl: 125

17 Wan Hussein @ Azmi Abdul Kadir (1998), op.cit., h. 22

18 Ra ‘uf Shalabi, al-Da’wah al-Islamiyyah fi ‘Ahdiha al-Makki , Kaherah: Majma’ al-Buhuth, h. 342.

19 Lihat al-Qur’an, Surah al-Maidah: 92 dan surah al-Nahl: 35

20 Lihat al-Qur’an, surah al-Baqarah: 185.

21 Lihat al-Qur’an, surah Ali ‘Imran: 159.

22 Fathi Yakan (1970), Kaifa Nad’u ila al-Islam, Beirut: Dar al-Hadith, h. 21.

23 Lihat al-Qur’an, surah al-‘Ankabut: 45

24 Lihat al-Qur’an, surah al-Maidah: 91.

25 Al-Bukhari, (1979), Sahih al-Bukhari, Jil. 1. Istanbul, h. 41.

26 Abd al-Karim Zaydan (2000), Usul al-Da’wah, Beirut: Muassasah al-Risalah, h. 413.

27 Ibid., h. 414.

28 Baginda memulakan dakwahnya di kalangan keluarganya sendiri, terutamanya yang terdekat. Apabila keluarganya sendiri memeluk Islam, ia akan menjadi benteng pertahanan yang kuat kepada dakwah dari ancaman luar. Ini termasuklah isterinya Khadijah, anak angkatnya Zaid bin Harith dan sepupunya Ali bin Abi Talib. Di samping keluarga terdekat, Baginda mendahulukan dakwah kepada golongan yang ada tanda-tanda akan menerima Islam dan berpotensi dalam dakwah seperti Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Dengan pengislaman orang-orang yang berpotensi dalam masyarakat, maka Islam lebih cepat berkembang dan dapat mengurangkan tentangan musuh.

29 Ab. Aziz bin Mohd Zin (1997), op.cit., h. 79.

30 Dr Mustafa al-Siba’i, al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa’Ibar, Beirut: al-Maktabah al-Islami, h. 46 dan 49

31 Ibid., h. 47 dan 49.

32 Untuk mengetahui pendekatan-pendekatan dakwah Rasulullah s.a.w. dengan lebih terperinci, sila lihat ‘Abd al-‘Aziz Barghuth (2001), Manahij al-Da’wah, c.3. Dar al-Tajdid, 201-234.

33 Menurut Sayyib Qutb, hikmah yang disebutkan dalam ayat 125 surah al-Nahl bermaksud dengan melihat kepada keadaan sasaran dan suasana mereka, kadar yang perlu supaya tidak memberatkan mereka dan tidak menyusahkan mereka sebelum mereka bersedia. Ia juga termasuk cara penjelasan dan kepelbagaian mengikut keperluan dan jangan sekali-kali berdasarkan semangat yang boleh terkeluar daripada hikmah. Lihat Syyid Qutb, Fi Zilal al-Qur’an, muj. 4. h. 2201-2201.

34 Dr Ra’uf Shalabi, al-Da’wah al-Islamiyyah fi ‘Ahdiha al-Makki, h. 344.

35 Ab. Aziz bin Mohd Zin (1997), op.cit., h. 102-103.

36 Al-Nawawi (1972), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Jil. 2. Beirut: Dar al-Fikr, h. 9-10.

37 Al-Nadawi, al-Sirah al-Nabawiyyah, 311-315

38 Fathi Yakan, Kaifa Nad’u ila al-Islam., h. 42.

39 ‘Abd al-Latif Hamzah, al-I’lam fi Sadri al-Islam, h. 141-142

40 Ibid., h. 143-144.

41 Wan Hussein @ Azmi Abdul Kadir (1998), op.cit., h. 25.

42 Untuk keterangan lanjut mengenai dialog antara agama sila lihat Prof Madya Dr Khadijah Mohd Hambali (2006), “Dialog Antara Agama (Dialog Peradaban): Realiti, Aplikasi dan Cabaran”, (Kertas kerja Seminar Islam dan Hubungan Antara Agama di Malaysia Peringkat Kebangsaan, anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 18-19 Januari 2006)

43 Islamisasi seni muzik adalah satu usaha pembebasan seni muzik daripada unsur-unsur tahyul, mitos, animis, sekular dan pengembalian kepada fitrah asalnya iaitu untuk mencari ketenangan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Dengan kata lain, ia bukanlah mewujudkan satu bentuk seni muzik yang baru, akan tetapi menilai dan mengislamisasikan apa yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan tuntutan syara’ dan supaya ia mampu mendidik jiwa manusia.

44 Mohammad Kamil Hj Ab Majid dan Muhammed Yusof (2005), “Ke Arah Memperkasakan Islamisasi Seni Muzik Sebagai Satu Alternatif: Satu Pengamatan Awal”, (Kertas Kerja Persidangan Pendidikan Muzik Kebangsaan Mus Ed’05 di UPSI pada 28, 29, 30 November 2005), h. 14.

45 Mohammad Kamil Hj Ab Majid dan Muhammed Yusof (2006), ”Islamisasi Seni Muzik Sebagai Hiburan Alternatif: Satu Analisis Sari Perspektif Pendekatan Dakwah”, (Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian di UKM pada 7-8 Ogos 2006), h. 293.

Read more...