Animasi ini menceritakan tentang perjuangan pahlawan Islam iaitu Sallahudin Al-Ayubi yang berusaha keras untuk menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib. Misi yang dilalui oleh beliau sangat sukar dan Sallahudin dengan penuh bijaksana menyusun strategi yang mantap untuk menawan kota tersebut. Kisah animasi ini memaparkan keagungan Islam di zaman silam yang mampu membangkitkan semangat generasi muda kita untuk berjuang memartabatkan maruah Islam pada masa kini sampai bila-bila.
Selain itu, terdapat juga animasi-animasi yang nampak ringkas tetapi mengandungi unsur-unsur dakwah yang dapat menyedarkan umat Islam terutamanya golongan kanak-kanak tentang sejarah telaga zam-zam. Dengan menggunakan kaedah personifikasi (telaga atau tumbuh-tumbuhan) sebagai pelakon, animasi sebegini dapat menarik lagi minat kanak-kanak untuk menonton rancangan animasi berunsurkan Islam.
Rancangan berikutnya bukanlah bercirikan animasi tetapi lebih kepada video klip berunsurkan pendidikan Islam. Kaedah pengajaran mengenal huruf arab yang disampaikan secara berlagu dengan alunan nasyid dan persembahan yang menghiburkan. Kanak-kanak sememangnya mudah menghafal melalui nyanyian, justeru usaha menampilkan pengajaran 'alif, ba, ta' secara alunan lagu dan video klip menarik adalah satu bentuk sumbangan menyebarkan syiar Islam yang berguna kepada umat.
No comments:
Post a Comment